Harian Metro

Reman 2 Datuk dilanjut 5 hari

-

Timbalan pengerusi sebuah syarikat dan pengarah eksekutif kanan, masing-masing bergelar Datuk dilanjutka­n reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah tahanan reman ke atas mereka dikeluarka­n Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret di sini, bermula semalam sehingga 19 Januari.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, kedua-dua individu terbabit dibawa ke mahkamah jam 9.10 pagi dan dilihat memakai baju lokap SPRM warna jingga manakala tangan mereka bergari.

Pada 9 Januari lalu,

SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi jam 9 pagi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri berkenaan.

Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang.

Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri itu.

“Saya sayangkan kereta ini, jika sebarangan orang yang hendak beli, saya tidak jual. Tapi jika benar hasrat arwah, waris boleh datang berbincang,” kata Che Far Talib, 66, mengenai Proton Saga 1.3 miliknya yang kini dicari keluarga pencipta nama kereta nasional pertama negara itu.

Menurut Che Far, dia bersedia menimbangk­an untuk menjual semula kereta itu yang dibeli sekitar 1991 dan masih digunakan hingga kini dan berkeadaan baik.

 ??  ?? DUA individu bergelar Datuk dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
DUA individu bergelar Datuk dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia