Harian Metro

Banduan perdaya RM3,000 dijel 12 bulan

-

Kuala Terengganu: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menipu dengan meminta RM3,000 sebagai wang proses mendapatka­n rumah Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Hiliran pada 2015.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Wong Chin Chok, 43, dari Kuantan, Pahang mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Gan Tong Seng, 60, mempercaya­i kononnya akan menguruska­n proses mendapatka­n rumah Flat PPR di Padang Hiliran di sini, hingga mendorong mangsa menyerahka­n RM3,000 di Flat Bukit Kecil di sini, pada 11 Ogos 2015.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa bertemu lelaki (tertuduh) sebelum dimaklumka­n mengenali ‘orang tengah’ yang boleh menguruska­n bagi mendapatka­n Flat PPR di Padang Hiliran pada Ogos 2015.

Mangsa kemudian dijanjikan memperoleh rumah berkenaan pada Jun 2016 selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan tetapi mangsa tidak menerima rumah seperti dijanjikan.

Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 13 bulan dan enam sebatan oleh mahkamah sama pada Mei tahun lalu terhadap enam tuduhan menipu berkaitan pembelian Flat PPR Padang Hiliran.

 ??  ?? WONG di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
WONG di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia