Harian Metro

Unjur jualan 700 unit motor MT-09 2018

-

Petaling Jaya: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) pengedar rasmi motosikal jenama Yamaha di Malaysia menyasarka­n jualan sebanyak 700 unit tahun ini untuk model Yamaha MT-09 2018.

Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor berkata, sasaran itu disesuaika­n dengan suasana ekonomi di negara ini yang melihatkan penurunan sehingga 20 peratus jualan keseluruha­n motosikal berkuasa tinggi pada pertengaha­n tahun lalu.

“Walaupun berlaku penurunan, HLYM mencatatka­n pertumbuha­n 4.0 peratus dalam perkongsia­n pasaran daripada 24 peratus yang dicapai pada 2016 untuk segmen motosikal berkuasa tinggi tempatan,” katanya ketika majlis pelancaran, di sini.

Menurutnya, 2017 adalah tahun mencabar untuk industri jentera dua roda terutama segmen 200cc ke atas seperti faktor pembiayaan daripada institusi kewangan yang menetapkan syarat lebih ketat.

Model MT-09 dilancarka­n di negara ini pada 2014 melalui import sepenuhnya (CBU) sebelum ditawarkan dengan pemasangan tempatan (CKD) pada 2015.

Model yang dikuasakan dengan enjin 847 cc tiga silinder sejukan cecair DOHC itu kini dengan ciri yang dipertingk­atkan seperti penukar gear pantas (Quick Shift), klac gelincir berbantu (Slipper & Assist Clutch), kawalan cengkaman (baru dalam pasaran di Malaysia), Brek Anti-Kunci (ABS) dan suspensi boleh laras.

Turut diperkenal­kan dalam majlis sama skuter XMax dengan enjin 250 cc yang bakal memasuki pasaran tempatan pada Mac tahun ini. Taman tema tertutup kelima terbesar di dunia, MCM Studio di Tampoi di sini, yang dibangunka­n Capital World Limited dengan kos bernilai RM260 juta beroperasi pada hujung Julai ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata, MCM Studio berkeluasa­n 525,000 kaki persegi merangkumi tiga bahagian termasuk Movie Planet, Cartoon Planet dan Music Planet.

Menurutnya, kewujudan MCM Studio yang juga taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara bertepatan dengan Pelan Induk Pelanconga­n Johor 2014-2023 bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n terkenal.

“MCM Studio terletak di pusat beli-belah Capital 21 yang juga menyediaka­n 300 unit perniagaan. Taman tema ini adalah yang ke-10 di negeri ini dan menjadikan Johor sebagai destinasi pelanconga­n lebih unik, menarik dan bertaraf dunia.

“Apabila dibuka kelak, pusat beli-belah berkenaan termasuk MCM Studio bakal menawarkan sebanyak 2,100 peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media sempena majlis pra pelancaran MCM Studio, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital World Siow Chien Fu dan wakil MCM Studio Kiril Kolarov.

Sementara itu, Kiril berkata, setiap bahagian di MCM Studio menampilka­n kelainan dengan menggabung­kan faktor pembelajar­an dan permainan.

Menurutnya, MCM Studio sesuai dikunjungi orang ramai bersama keluarga selain kumpulan sasarannya adalah kanak-kanak dan remaja.

“Taman tema ini menampilka­n teknologi terkini seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR),” katanya.

 ??  ?? PELANCARAN motor baru keluaran HLYM, MT-09 disempurna­kan Jim (dua dari kiri) bersama pihak pengurusan Yamaha Motor di Kuala Lumpur.
PELANCARAN motor baru keluaran HLYM, MT-09 disempurna­kan Jim (dua dari kiri) bersama pihak pengurusan Yamaha Motor di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia