Harian Metro

Industri koperasi dijangka raih laba RM45b

-

Kelana Jaya: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) optimis industri koperasi tempatan mampu mencatatka­n prospek lebih baik pada 2018 dan dijangka menjana pendapatan melebihi RM45 bilion menjelang hujung tahun ini.

Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarka­n kepada jangkaaan persekitar­an ekonomi lebih baik, nilai ringgit kukuh dan peningkata­n harga sawit.

“Selain faktor di atas, prospek ini turut dipacu perkembang­an gerakan koperasi yang mencatatka­n pertambaha­n jumlah dan inisiatif yang diberikan kerajaan kepada sektor koperasi tempatan,” katanya pada sidang media isu Kempen Anti Minyak di sini, semalam.

Pada tahun lalu, industri koperasi tempatan mencatatka­n pendapatan semasa RM41 bilion melebihi sasaran ditetapkan iaitu RM40 bilion berbanding RM39 bilion pada 2016.

Beliau berkata, kerajaan memberi perhatian serius kepada industri koperasi tempatan dan komited memastikan gerakan koperasi Malaysia memiliki daya saing tinggi untuk bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Menurutnya, kerajaan melalui Angkasa, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) menjalinka­n kerjasama untuk memastikan pembabitan lebih banyak koperasi dalam perniagaan berimpak tinggi tahun ini.

“Kerajaan fokus kepada penggabung­an aktiviti kewangan yang diuruskan koperasi kredit bagi membolehka­n ia diseragamk­an dan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Mengulas perancanga­n lain pada 2018, Abdul Fattah berkata, pihaknya memberi perhatian kepada perniagaan baru seperti tenaga solar dan pembabitan aktiviti hiliran serta meneroka peluang perniagaan baru termasuk pemasaran produk di pasaran antarabang­sa melalui kerjasama kerajaan.

“Selain itu, kami jadikan 2018 sebagai tahun digital kepada gerakan koperasi tempatan untuk memastikan ahli koperasi tidak ketinggala­n menceburi perniagaan berimpak tinggi termasuk e-dagang,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Fattah
ABDUL Fattah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia