Harian Metro

Gunung Mayon menunggu hari

-

Legazpi (Filipina): Lebih 12,000 penduduk yang tinggal berhampira­n Gunung Berapi Mayon diarahkan berpindah selepas ia dijangka meletus beberapa hari lagi.

Pihak berkuasa mengarahka­n zon sekitar tujuh kilometer dari gunung itu dikosongka­n berikutan amaran aliran lahar dan asap toksik.

Kawah gunung berapi aktif itu berwarna merah terang semalam dengan pakar gunung berapi meramalkan ia mungkin meletus beberapa hari lagi.

Saintis berkata, gempa bumi dan batuan jatuh menggegark­an puncak Mayon sejak 24 jam lalu susulan sejumlah letusan didorong wap.

“Agak berbahaya untuk penduduk berada dalam lingkungan itu dan menyedut abu.

“Hujan juga berterusan sejak beberapa minggu lalu menyebabka­n serpihan mendap dalam cerun Mayon boleh menjadi aliran lahar.

“Jika hujan tidak berhenti, ia mungkin berbahaya,” kata ketua pejabat pertahanan awam, Claudio Yucot.

Gunung berapi itu berbentuk kon hampir sempurna, terletak sejauh 330 kilometer dari barat daya Manila.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata, letusan didorong wap dan batuan jatuh hujung minggu lalu serta kawah kelihatan menyala petang semalam adalah tanda peningkata­n aktiviti kubah lahar baru.

Kali terakhir lahar mengalir dari gunung setinggi 2,460 meter itu adalah pada 2014 apabila 63,000 penduduk terpaksa berpindah. - AFP

 ??  ?? PUNCAK Gunung Mayon bercahaya ketika diliputi kabus yang dirakam dari bandar Legazpi di wilayah Albay pada awal pagi semalam. - AFP
PUNCAK Gunung Mayon bercahaya ketika diliputi kabus yang dirakam dari bandar Legazpi di wilayah Albay pada awal pagi semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia