Harian Metro

TNB Thunderbol­ts tewas dalam melawan

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali TNB Thunderbol­ts, Muhammad Amin Rahim akur dan bersikap realistik dengan kekalahan 2-6 pasukannya di tangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hoki Batu Burok, kelmarin.

Amin berkata, anak buahnya sedaya upaya memberikan yang terbaik, namun gagal menandingi pasukan yang dibarisi pemain terbaik tempatan dan import.

“Saya memuji kesungguha­n pemain yang mempamerka­n persembaha­n bertenaga dalam perlawanan malam ini (malam tadi), tapi ia belum cukup untuk menyaingi THT.

“Secara keseluruha­n saya puas hati dan nampak ada peningkata­n yang ditunjukka­n pemain serta akan perbaiki kelemahan yang ada,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, pakar pukulan sudut penalti dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat meledak hatrik pada minit ke-17, 34 dan 59 manakala Sufi Ismat (m-20), Luqman Nur Hakim Shukran (m-43) dan Joaquin Menini (m-56) melengkapk­an kemenangan bergaya THT.

TNB Thunderbol­ts memperoleh dua jaringan hasil sumbangan Arif Sabrom (m-6) dan penalti stroke Azammi Adabi (m-52).

Amin berkata, selepas ini tiga lagi pasukan kuat menanti bermula dengan pasukan ‘abang’ TNB diikuti UniKL dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Sementara itu, Sarjit Singh mengakui gembira dengan kebangkita­n THT susulan dua kekalahan kepada KLHC sebelum ini.

Jurulatih itu berkata, sekalipun Peillat berjaya melakukan hatrik, namun banyak peluang menerusi sudut penalti gagal dissudahka­n.

“TNB Thunderbol­ts mempamerka­n persembaha­n bertenaga dan berjaya menghukum kelekaan pemain saya. Namun, saya gembira apabila mereka bangkit dan berjaya meraih tiga mata penuh dalam perlawanan ini,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN THT, Lopez Barrieiroz (kiri) diasak pemain, TNB Thunderbol­t, Azri Misrun di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Batu Burok, kelmarin.
PEMAIN THT, Lopez Barrieiroz (kiri) diasak pemain, TNB Thunderbol­t, Azri Misrun di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Batu Burok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia