Harian Metro

Belinda benam Venus

- AFP

Juara tujuh kali Grand Slam disingkirk­an pemain 78 dunia

Juara tujuh kali Grand Slam, Venus Williams tersingkir daripada Terbuka Australia apabila tewas kepada pemain berusia 20 tahun Switzerlan­d,

(gambar)

Belinda Bencic, semalam.

Pilihan kelima itu yang juga finalis tahun lalu, dikejutkan 6-3, 7-5 pada pusingan pertama oleh pemain nombor 78 dunia itu dalam masa bawah dua jam di Rod Laver Arena.

Ia bermakna buat kali pertama sejak 1997, tiada adik beradik Williams pada pusingan kedua di Melbourne Park selepas Serena menarik diri berikutan baharu melahirkan anak perempuan.

Kali terakhir ia terjadi, Steffi Graf berkeduduk­an nombor satu dunia dan Belinda masih berusia dua bulan ketika itu.

Belinda, yang tewas kepada Serena pada peringkat sama tahun lalu, berkata selepas dia melihat undian, dia bersedia untuk berdepan lawan yang sukar.

“Saya lebih suka menentang seseorang yang lebih mudah,” katanya. “Ketika saya masih kecil dan menonton televisyen, saya tidak pernah terbayang akan bermain dengan mereka.”

Tiada tanda-tanda drama sehingga permainan ketujuh apabila bekas pemain nombor tujuh dunia, Belinda yang mendapat kembali prestasiny­a selepas menang acara berpasukan Piala Hopman di Perth ketika berpasanga­n dengan Roger Federer, mematahkan servis Venus.

Dia kemudian terpaksa bertahan apabila pemain Amerika Syarikat itu cuba bangkit dengan menyelamat­kan lima mata sebelum hujan menyebabka­n kelewatan 20 minit selepas bumbung di Rod Laver Arena ditutup.

Belinda, yang membuat kemunculan pertama Jelajah WTA ketika berusia 14 tahun berdepan Venus di Luxembourg pada 2012, tidak pernah menewaskan juara tujuh kali Grand Slam itu dalam empat pertemuan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia