Harian Metro

TROFI BELUM TERLEPAS

- AFP

Liverpool, England

 Guardiola akui perebutan kejuaraan liga masih terbuka selepas Citizens tewas kepada Liverpool

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris belum berakhir selepas pasukannya tumpas secara dramatik 3-4 kepada Liverpool di Anfield, semalam.

Jaringan awal Alex Oxlade-Chamberlai­n disamakan oleh Leroy Sane sebaik sebelum rehat namun tiga gol dalam tempoh sembilan minit daripada Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah mengejutka­n City.

Pasukan Guardiola mengancam melakukan kebangkita­n menakjubka­n dengan gol lewat daripada Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan namun Liverpool berjaya mempertaha­nkan kedudukan itu untuk mencatat kemenangan manis.

“Tahniah kepada Liverpool kerana kemenangan ini,” kata Guardiola. “Perlawanan ini kami kuasai ketika 1-1 tapi penyudah kami tidak bagus dan kemudian tiba-tiba kami ketinggala­n 1-4.

“Anda perlu stabil apabila dibolosi satu gol tapi kami tidak begitu mantap.

Anda perlu berdepan situasi sebegini sepanjang musim.

“Realitinya kami kalah perlawanan ini, kami ada seminggu untuk pulih dan bersiap sedia bagi perlawanan menentang Newcastle. Pujian terhadap lawan, kami sedar betapa sukarnya menentang pasukan Juergen Klopp, terlalu agresif, di Anfield pula. Kami bertindak baik kecuali beberapa minit.

“Selepas gol kedua mereka menjaringk­an dua gol lagi dalam beberapa minit dan ia sukar untuk bangkit daripada kedudukan itu. Dalam beberapa sidang akhbar sejak beberapa bulan lalu anda katakan Liga Perdana sudah selesai dan saya sering berkata ‘tidak, ia masih perlu diselesaik­an’.

“Kami akan mempertaha­nkan kedudukan kami dari satu perlawanan ke satu perlawanan.”

Pengurus Liverpool, Klopp gembira dengan persembaha­n pasukannya dan menyatakan ia satu petanda baik buat Liga Perdana.

“Ini satu perlawanan bersejarah yang akan anda perkatakan dalam tempoh 20 tahun kerana kelihatann­ya City tidak akan kalah tahun ini,” katanya.

“Berjuta-juta menonton perlawanan ini di seluruh dunia dan itulah sebabnya anda turun sepenuh hati meluahkann­ya di padang dan bermain sebegini, kedua-dua pasukan.

“Kami bermain, saya tidak tahu tahap mana, mencetus masalah besar terhadap mereka. Saya tidak bimbang akhirnya, bukannya saya tidak memikirkan kami akan melepaskan gol keempat, saya sudah kenal pemain saya terlalu lama, ia terlalu tegang.”

 ?? Pep Guardiola ?? Kami sedar betapa sukarnya
menentang pasukan Juergen
Klopp, terlalu agresif, di Anfield
pula KLOPP (kiri) meraikan kejayaan menewaskan City bersama Chamberlai­n.
Pep Guardiola Kami sedar betapa sukarnya menentang pasukan Juergen Klopp, terlalu agresif, di Anfield pula KLOPP (kiri) meraikan kejayaan menewaskan City bersama Chamberlai­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia