Harian Metro

Barca makin selesa

- AFP

 Dua gol Suarez bantu gergasi Sepanyol kukuh cengkaman

Luis Suarez mencuri tumpuan dengan dua gol dan satu umpanan ketika Barcelona bangkit daripada ketinggala­n dua gol sebelum menang 4-2 di Real Sociedad semalam sekali gus mengekalka­n kelebihan sembilan mata di puncak La Liga Sepanyol.

Suarez meledak pada minit ke-50 dan 71, gol pertamanya satu lambungan mengeliruk­an dari dalam kotak penalti selepas mengumpan kepada Paulinho enam minit sebelum rehat bagi memulakan kebangkita­n berikutan gol babak pertama pemain Sociedad, Willian Jose dan Juanmi.

Sepakan percuma menakjubka­n Lionel Messi lima minit sebelum tamat melengkapk­an kebangkita­n itu, yang membantu anak buah Ernesto Valverde mengutip 51 mata, jauh di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid, yang menang 1-0 di Eibar, kelmarin.

“Gol yang kami jaringkan sebelum rehat amat membantu,” kata Valverde. “Kelihatan sumpahan itu masih ada bila kami ketinggala­n 0-2 tapi kami menekan dan percaya kami mampu mengubahny­a dan mendahului, akhirnya gol hadir juga.”

Kemenangan itu turut melonjakka­n Barca 19 mata di depan musuh utama Real Madrid, yang menghuni tangga keempat selepas kalah 0-1 di laman sendiri kepada Villarreal, kelmarin.

Barca hadir pada perlawanan pagi tadi dengan catatan tidak menang di Sociedad sejak 2007 dan selepas 34 minit berlalu, badi itu kelihatan berterusan.

Jose memberikan tuan ru- mah gol pendahulua­n selepas hanya 11 minit apabila dia menanduk masuk hantaran silang Xabi Prieto dan Barca memang patut ketinggala­n dua gol 23 minit kemudian.

Juanmi meluru melepasi benteng pelawat untuk menyambut lorongan cantik Seegio Canales dan pemain Sepanyol itu menyaksika­n rembatanny­a terkena Sergi Roberto dan melepasi jangkauan penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen.

Suarez menghidupk­an peluang menuju penamat babak pertama dan memberikan kelab Catalunya itu harapan dengan hantaran leret yang ditampan masuk Paulinho. Pemain Uruguay itu kemudianny­a menyumbat gol penyamaan sensasi pada minit ke-50, menerima hantaran Messi dan melambungk­an bola melepasi penjaga gol Sociedad, Geronimo Rulli sebelum membantu pasukannya mendahului 21 minit kemudian. Sepakan percuma melencong Messi yang sukar diselamatk­an mana-mana penjaga gol, melengkapk­an hari menceriaka­n buat Barca dan pemain Argentina itu, yang mengatasi Gerd Muller untuk muncul penjaring terbanyak dalam sejarah lima liga utama Eropah dengan jaringan ke-366 dalam La Liga.

 ??  ?? SUAREZ (kanan) meraikan jaringan bersama Messi ketika pasukan menundukka­n Real Sociedad.
SUAREZ (kanan) meraikan jaringan bersama Messi ketika pasukan menundukka­n Real Sociedad.
 ??  ?? DI Maria (tengah) dikekang dua pemain Nantes.
DI Maria (tengah) dikekang dua pemain Nantes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia