Harian Metro

Dugaan OKS

-

 Tonggak utama cedera jejas persiapan pasukan berdepan Arab Saudi

Situasi sukar bakal dihadapi pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee apabila masalah kecederaan membelengg­u beberapa pemain utama menjelang perlawanan getir menentang Arab Saudi dalam Kejohanan Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, China,hari ini.

Penjaring dua gol negara ketika tewas 1-4 kepada Iraq dan seri 1-1 dengan Jordan, Safawi Rasid mengalami kekejangan otot, penyerang Akhyar Abdul Rashid pula cedera di lutut manakala Dominic Tan di paha.

Malah dua pemain lagi, Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari demam.

Bagaimanap­un, di sebalik mengharapk­an pemain berkenaan kembali pulih, Kim Swee bersedia melakukan rombakan andai terpaksa.

“Pemain yang masih mengalami kecederaan seperti Dominic, Safawi dan Akhyar masih belum saya dapat pastikan sama ada boleh beraksi atau tidak, terpulang kepada keadaan mereka esok (hari ini).

“Tiada apa yang merisaukan kerana kita mempunyai pemain lain yang dibawa ke sini, 23 pemain yang dibawa mampu untuk menggalas tugas jika pemain kesebelasa­n utama tidak dapat diturunkan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Pusat Arena Akiviti Sivik Kunshan, semalam.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu menjelaska­n bahawa dua penyerang, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan R Kogileswar­an mampu mengisi tempat Safawi dan Akhyar.

Malaysia yang tidak diberikan harapan pada awalnya masih berpeluang untuk mara ke suku akhir pada penampilan pertama andai mencatat kemenangan ke atas naib juara 2013 itu sambil mengharapk­an Iraq yang juga juara 2013 mengatasi Jordan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.

Pemain negara tidak dapat menguji padang di Stadium Kunshan pada sesi latihan rasmi hari ini, namun Kim Swee menganggap ia tidak menjejaska­n persiapan mereka.

Malah, beliau tidak mahu terlalu memikirkan sejarah baharu yang bakal dilakar selepas membantu skuad muda negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta.

“Saya tak nak sentuh pasal sejarah, saya mahu pemain tunjukkan kesungguha­n seperti lawan Jordan. Saya percaya dengan disiplin tinggi kita mampu layak ke peringkat lebih baik,” kata Kim Swee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia