Harian Metro

‘Jangan hanya jadi penumpang’

-

China: Kapten skuad negara, Adam Nor Azlin mengingatk­an rakan sepasukan agar tidak hanya menjadi penumpang dalam pasukan apabila berdepan Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan C Kejohanan Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, China hari ini.

Sebaliknya, Adam menuntut mereka membuktika­n kemampuan masing-masing tatkala mereka berpeluang untuk melakar sejarah mara ke suku akhir pada penampilan pertama di kejohanan ini andai meraih kemenangan ke atas naib

(gambar)

juara edisi pertama 2013.

Menurut Adam, semua pemain kini sudah bersedia apatah lagi selepas mempamerka­n aksi meyakinkan ketika seri 1-1 dengan Jordan di Stadium Changshu biarpun dikejutkan dengan kekalahan 1-4 di tangan Iraq pada perlawanan pembukaan.

“Ketika menentang Jordan, kita nyaris mendapat tiga mata, saya rasa jika kita kekalkan disiplin dan momentum, tak mustahil kita boleh kalahkan Arab Saudi.

“Semua pemain perlu sedar kita datang sini bukan sekadar penumpang, bagi saya pemain simpanan dan kesebelasa­n utama perlu bersedia 200 peratus. Untuk naikkan semangat, pemain kena bersatu untuk perlawanan menentang Arab Saudi kerana ia bukan tugas mudah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan kelmarin.

Jelas Adam, 22, yang memikul tugas berat mengemudi benteng pertahanan, mereka kena sentiasa berwaspada kerana Arab Saudi tidak akan mudah menyerah kalah seperti ketika bangkit mengikat Jordan 2-2 biarpun ketinggala­n dua gol.

“Mereka akan bermain sehingga minit terakhir, bagi saya kita kena perlu beri fokus yang tinggi sehingga wisel penamat. Kita kena menggunaka­n kepantasan dan kebijaksan­aan untuk menewaskan mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia