Harian Metro

Rizal yakin keserasian skuad Hobin Jang Hobin

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Proses membentuk keserasian antara pemain yang dilihat semakin memberangs­angkan dalam pasukan mencetus keazaman dan keyakinan tinggi buat pertahanan Negeri Sembilan, Rizal Fahmi Rosid

(gambar).

Bagi tonggak berpengala­man berusia 31 tahun itu, perkembang­an itu satu kemajuan positif kepada pasukan itu menjelang cabaran Liga Super musim ini.

Sejak bersama skuad Hobin Jang Hobin awal bulan lalu, bekas pemain Selangor itu mengakui prestasiny­a semakin baik apabila gandingan yang cuba dibina bersama pemain lain khususnya di bahagian pertahanan, tampak semakin memberangs­angkan.

“Saya sudah digandingk­an dengan semua pemain pertahanan yang ada dalam pasukan dan setakat ini, saya dapat rasakan banyak perubahan positif antara kami apabila keserasian yang cuba dibentuk menunjukka­n kemajuan meyakinkan.

“Namun begitu, antara kami masih dalam proses membina kekuatan baru dan sebagai pemain baru, saya perlu cepat menyesesua­ikan diri dengan corak latihan ketua jurulatih Jorg Steinnebru­nner untuk memastikan tahap kemantapan pasukan terus meningkat.

“Alhamdulil­lah, setakat ini saya puas hati dengan prestasi dan gandingan yang sedang kami bina bersama Madhu Mohana, Nasriq Baharom, Noor Hazrul Mustafa, Radzuan Abdullah dan Fauzan Fauzi.

“Secara peribadi, saya mahu memastikan benteng Negeri Sembilan lebih kukuh musim ini kerana saingan Liga Super menuntut corak pertahanan berbeza dan mantap serta konsisten,” katanya di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia