Harian Metro

Gilmar idam piala

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Penyerang import The Bos Gaurus sasar kejuaraan buat skuad Perak

Penyerang import Perak, Gilmar menganggap sasaran memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini realistik berdasarka­n skuad dimiliki jurulatih Mehmet Durakovic.

Gilmar yang menyertai pasukan itu pada pertengaha­n musim lalu berkata, selain persiapan rapi, skuad kali ini lebih mantap kerana semakin serasi dengan corak permainan serta taktikal diterapkan jurulatih dari Australia itu.

Walaupun kehilangan beberapa pemain seperti Thiago Junior, Yasir Pinto, Shahrom Kalam dan Zaquan Adha Radzak, namun Gilmar berkata, ia tidak melumpuhka­n The Bos Gaurus kerana sebahagian besar pemain yang menjadi tulang belakang pasukan masih kekal.

“Pemain seperti Nasir (Basharuddi­n), Shahrul (Saad) dan Nazirul (Naim Che Hashim) sudah lama bersama Perak. Malah, beberapa pemain muda seperti Beto (Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri) dan Syazwan (Zaipol Bahari) juga kian meningkat.

“Saya yakin kami mampu mencari pengganti Thiago walaupun kehilangan­nya diakui sedikit sebanyak dirasai memandangk­an sudah tiga musim dia bersama pasukan ini.

“Tapi dalam bola sepak situasi sebegini memang sukar dielak, tidak ada pemain akan kekal dengan satu pasukan selama-lamanya,” kata Gilmar.

Setakat ini, Durakovic masih menguji beberapa pemain untuk mengisi tempat Thiago, sekali gus melengkapk­an kuota import pasukan itu.

Selain Gilmar, jurulatih itu mengekalka­n Leandro de Santos serta membawa masuk dua import baru, Wander Luiz dan Misagh Bahadoran.

Pemain import Brazil itu menyambut kehadiran rakan senegarany­a, Luiz dengan rasa gembira kerana menganggap Perak kini mempunyai rangkaian penggempur lebih berbisa.

“Saya gembira kerana akhirnya mendapat rakan yang akan membantu di barisan serangan. Luiz seorang penyerang hebat serta berpengala­man.

“Setakat ini, apabila digandingk­an dalam beberapa perlawanan ujian, saya dan Luiz cepat serasi. Saya yakin kami mampu membentuk gandingan mantap serta lebih banyak gol dihasilkan musim ini.

“Jadi, tidak keterlalua­n jika saya katakan, impian kami untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu piala bukan sekadar angan-angan sebaliknya mampu dicapai,” katanya.

 ??  ?? GILMAR (kanan) beraksi bersama Perak musim lalu.
GILMAR (kanan) beraksi bersama Perak musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia