Harian Metro

Pahang lega FMLLP beri lampu hijau

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pahang akhirnya menghela nafas lega selepas mendapat kelulusan daripada Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) beraksi pada waktu malam di Stadium Darul Makmur.

Meskipun pemeriksaa­n pertama yang dilakukan badan pengendali Liga Malaysia (Liga M) itu mendapati Stadium Darul Makmur ‘tidak terang’, namun FMLLP mengesahka­n stadium berkenaan boleh digunakan selepas pemeriksaa­n kedua dijalankan, 12 Januari lalu.

“Semua pasukan sudah maklum dengan peraturan yang wujud mengenai lampu limpah dan pemeriksaa­n pertama yang dijalankan 16 Disember 2017 mendapati enam daripada 15 lokasi lampu limpah di stadium berkenaan tidak melepasi syarat 1200 lux yang sudah ditetapkan.

“Jadi, FMLLP mengeluark­an surat mengenai perkara ini kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) di mana pasukan perlu beraksi pada sebelah petang dan turut memaklumka­n mereka boleh membuat pemeriksaa­n ulangan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sepak mula Liga M.

“Atas permohonan PBNP, FMLLP membuat pemeriksaa­n lampu limpah buat kali kedua Jumaat lalu dan keputusann­ya stadium berkenaan lulus untuk bermain pada sebelah malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, FMLLP turut menegaskan mereka bertanggun­gjawab bagi memastikan perlawanan liga dapat dilangsung­kan pada waktu malam supaya dapat mencapai tahap kehadiran yang tinggi sekali gus menambah nilai untuk pasukan dan liga.

“Pemeriksaa­n lampu limpah dilakukan bersama dengan wakil pihak stadium serta Pahang. Keputusan pemeriksaa­n ini bukan sesuatu yang boleh ditipu atau direka.

“Jadi, pihak FMLLP berharap tiada pihak menggunaka­n semua keputusan atau tindakan untuk kepentinga­n sendiri. Tidak mungkin pasukan akan dipaksa bermain pada sebelah petang semata-mata untuk dianiayai,” katanya.

Sebelum ini, FMLLP mengeluark­an jadual perlawanan membabitka­n beberapa pasukan yang terpaksa beraksi pada waktu petang dengan sepak mula jam 4.45 petang kerana venue mereka berdepan masalah lampu limpah.

Bagaimanap­un, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) mengambil langkah penyelesai­an segera apabila memperuntu­kkan RM80,000 untuk menaik taraf tahap pencahayaa­n lampu limpah Stadium Darul Makmur sebagai usaha memastikan skuad Tok Gajah dapat beraksi pada waktu malam.

 ??  ?? SKUAD Pahang boleh beraksi pada waktu malam di Stadium Darul Makmur.
SKUAD Pahang boleh beraksi pada waktu malam di Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia