Harian Metro

19 PATI kena cekup

-

Papar: Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas pihak berkuasa menggempur rumah kongsi di sekitar daerah ini, kelmarin.

Dalam operasi bersepadu selama empat jam bermula jam 11 malam Sabtu lalu, warga asing yang ditahan berusia antara satu hingga 66 tahun.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu beberapa lokasi yang disyaki menjadi tumpuan PATI.

Beliau berkata, ia termasuk rumah kongsi Kampung Sulim, Kuari Kinarut, Taman Pantai Lok Kawi dan Kawang.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menahan 19 PATI yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan menetap secara haram di daerah ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, warga asing terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk proses dokumentas­i sebelum diserahkan kepada Imigresen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam pada itu, Ladamah berkata, pihaknya akan memperheba­t operasi sama dari semasa ke semasa bagi membantera­s masalah PATI di daerah ini.

Katanya, langkah itu juga bertujuan menangani jenayah termasuk ragut, pecah rumah, samun dan penyalahgu­naan dadah.

“Sehubungan itu, kita meminta kerjasama orang ramai bagi membantu menyalurka­n maklumat jika mengetahui ada PATI di kawasan tempat tinggal masing-masing.

“Ia bagi membolehka­n polis dapat mengambil tindakan susulan dengan segera,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada PATI yang dicekup dalam gerakan, kelmarin.
SEBAHAGIAN daripada PATI yang dicekup dalam gerakan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia