Harian Metro

‘Tangkai tandan pisang’ bergerak

Suri rumah jumpa ular sawa 5kg belakang rumah

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

“Saya sangka objek itu adalah tangkai tandan buah pisang, tetapi apabila saya amati ia adalah seekor ular sawa,” kata penduduk Kampung Kulambai, Arbyah Gan, 43.

Dalam kejadian jam 5.25 petang kelmarin itu, suri rumah terbabit yang terkejut dengan kehadiran ular sawa sepanjang dua meter (m) dengan berat lima kilogram (kg) itu, segera menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan.

Menceritak­an kejadian, Arbyah berkata, dia sebelum itu pergi ke belakang rumahnya bagi membersihk­an semak-samun dan lalang.

“Ketika sibuk menebas lalang, saya melihat objek seperti tangkai tandan pisang. Pada mulanya, saya tidak mengendahk­an objek itu dan terus membersihk­an semak-samun di kawasan berkenaan.

“Tiba-tiba objek yang saya sangka tangkai tandan pisang itu bergerak-gerak. Apabila saya amati ia adalah ular sawa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Wanita itu berkata, panik dengan kejadian itu, dia segera berlari diri ke dalam rumah.

Saya kemudian terus menghubung­i talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan”

Arbyah Gan

“Saya kemudian terus menghubung­i talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Kota Belud, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.31 petang.

Beliau berkata, susulan itu empat anggota diketuai oleh Ketua Skuad Holdy Gilingan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati ular masih berada di belakang rumah terbabit.

“Anggota kemudian terus menjalanka­n kerja menangkap ular berkenaan dengan menggunaka­n peralatan khas.

“Kita berjaya menangkap reptilia itu tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa menyebabka­n kecederaan sebelum ia ditamatkan pada jam 6.03 petang.

“Pemeriksaa­n mendapati ular sawa itu sepanjang dua meter dengan berat lima kg. Selepas ditangkap, haiwan itu dibawa pulang ke pejabat APM Kota Belud untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM menunjukka­n ular sawa yang ditangkap di Kampung Kulambai, Kota Belud.
ANGGOTA APM menunjukka­n ular sawa yang ditangkap di Kampung Kulambai, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia