Harian Metro

Hutang hingga ‘gulung tikar’

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Sebahagian koperasi beroperasi di kawasan luar bandar terpaksa ditutup

Sebahagian koperasi yang beroperasi di kawasan luar bandar di negara ini terpaksa ‘gulung tikar’ akibat amalan berhutang membabitka­n ahli koperasi, tetapi enggan membayarny­a semula.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, setiap ahli koperasi perlu menghentik­an amalan itu kerana ia hanya akan merugikan mereka sendiri.

Menurutnya, ahli koperasi sepatutnya menyokong koperasi masing-masing supaya dapat membantu meningkatk­an ekonomi komuniti dan masyarakat bagi manfaat mereka.

“Banyak koperasi di kampung gagal disebabkan sikap ahlinya sendiri. Ada ahli membeli barang di koperasi mereka akan buat secara berhutang, di tempat lain pula mereka akan bayar tunai.

“Bila berhutang tidak mahu membayarny­a. Jangan gunakan koperasi sebagai tempat berhutang kerana ia satu punca kegagalan koperasi sedangkan ia sepatutnya menyumbang sosio ekonomi ahlinya,” katanya ketika Majlis Bicara Ilmu, Lestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Serian, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Akademik, Maktab Koperasi Malaysia Ramlan Kamsin dan Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sarawak, Siti Maimunah Jerni.

Dalam perkembang­an lain, Riot yang juga Ahli Parlimen Serian menyatakan kesedihann­ya apabila Koperasi Kampung Mongkos kini hampir ditutup.

Beliau menggesa MKM untuk membantu koperasi terbabit yang satu ketika dulu pernah menjadi antara koperasi terbaik di Sarawak.

“Saya kecewa dan sedih kerana Koperasi Kampung Mongkos yang dulu dilengkapi dengan kemudahan inap desa dan antara yang terbaik, tetapi kini ditutup,” katanya.

 ??  ?? RIOT menerima cenderahat­i daripada Ramlan selepas merasmikan Majlis Bicara Ilmu, Lestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Serian, kelmarin.
RIOT menerima cenderahat­i daripada Ramlan selepas merasmikan Majlis Bicara Ilmu, Lestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Serian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia