Harian Metro

Siasatan SPRM tak jejas projek KKLW

-

Kota Kinabalu: Pelaksanaa­n projek Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak terjejas susulan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewen­gan RM1.5 bilion dana peruntukan kementeria­n itu di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia memandangk­an siasatan terbabit membabitka­n kes lama.

“Tiada kesan kepada kementeria­n dan semuanya kes lama tiada kaitan dengan projek baru,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri KKLW dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB), semalam.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan bersedia sekiranya SPRM ingin melakukan siasatan berhubung projek baru yang dilaksanak­an oleh kementeria­n.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai prosedur tertentu bagi mengurangk­an risiko penyelewen­gan yang pernah berlaku dalam kementeria­n itu.

“Pemantauan untuk mengurangk­an isu berkaitan kita sudah laksanakan dan kita sudah tetapkan jawatankua­sa supaya dapat meminimumk­an perkara yang pernah berlaku dalam kementeria­n.

“Kalau kita dapat hapuskan lebih baik, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat kawal dari segi penyelewen­gan dan sebagainya dalam kementeria­n,” katanya.

SPRM sebelum ini menahan reman 13 individu di Sabah dan Putrajaya termasuk Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanap­un, semua individu berkenaan sudah dibebaskan daripada tahanan reman.

 ?? Ismail Sabri Yaakob ?? Pemantauan untuk mengurangk­an isu berkaitan kita sudah laksanakan dan kita sudah tetapkan jawatankua­sa supaya dapat meminimumk­an perkara yang pernah berlaku dalam kementeria­n”
Ismail Sabri Yaakob Pemantauan untuk mengurangk­an isu berkaitan kita sudah laksanakan dan kita sudah tetapkan jawatankua­sa supaya dapat meminimumk­an perkara yang pernah berlaku dalam kementeria­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia