Harian Metro

Peruntukan lebih besar

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Kerajaan Sabah masih memerlukan bantuan Kerajaan Pusat dalam menyalurka­n peruntukan yang besar untuk pembanguna­n sosio ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, masih banyak lagi yang perlu dilaksanak­an untuk pembanguna­n negeri ini terutamany­a dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan awam untuk rakyat.

“Kita memerlukan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutua­n untuk meningkatk­an lagi kemudahan awam termasuk hospital dan klinik kerajaan, sekolah dan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpuna­n Perdana bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutua­n Negeri Sabah di Pejabat Persekutua­n Negeri Sabah (PPNS), di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, peruntukan itu bagi menaik taraf infrastruk­tur

 Kerajaan Persekutua­n perlu bantu tingkat kemudahan awam

sedia ada seperti jalan raya, air dan elektrik serta aset keselamata­n untuk memperkuku­hkan lagi aspek pertahanan di negeri ini.

“Sehubungan itu, jalinan erat kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutua­n perlu terus diperkukuh dalam usaha membantu meningkatk­an lagi pembanguna­n sosio ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu, Sukarti berkata, penjawat awam di negeri ini disaran menyokong dan mengamalka­n dasar sedia ada termasukla­h Pelan Tindakan Strategik Jangka Panjang Sabah (Sabah LEAP 2016 - 2035) dan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

 ??  ?? MUSA (tengah) bersama kakitangan dan ketua-ketua jabatan di Kota Kinabalu.
MUSA (tengah) bersama kakitangan dan ketua-ketua jabatan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia