Harian Metro

PERMINTAAN TERLARANG

 Pelakon tambahan diminta jalin hubungan seks bagi mendapatka­n tawaran bekerja buat laporan pada SENIMAN

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

> “Saya bukan pelacur,” demikian kata pelakon tambahan yang mahu dikenali sebagai Umi, 22, ketika mendedahka­n tindakan wakil sebuah agensi lakonan yang mendesak wanita yang datang untuk diuji bakat menjalinka­n hubungan seks jika mahu diterima bekerja, lapor Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban

“Kami ada maruah diri dan bukannya pelacur,” kata seorang pelakon tambahan yang mahu dikenali sebagai Umi, 22, ketika mendedahka­n tindakan wakil sebuah agensi lakonan di Kuala Lumpur meminta wanita yang datang untuk diuji bakat menjalinka­n hubungan seks jika mahu diterima bekerja.

Umi berkata, kejadian berlaku apabila dia menerima tawaran berlakon sebuah telefilem melalui agensi berkenaan pada 3 Januari lalu.

Katanya, wakil agensi iaitu seorang lelaki berusia 30-an memaklumka­n permohonan­nya diterima dan mendakwa boleh membantu mendapatka­n watak pelakon tambahan untuknya bagi telefilem berkenaan.

“Sebagai balasan, lelaki ini meminta ganjaran khas kerana dia berjaya mendapatka­n ‘job’ (lakonan) bersama pengarah produksi. Saya bertanya apa bentuk ganjaran dimaksudka­n dan lelaki itu memberitah­u, ia adalah satu sesi fotografi separuh bogel,” katanya.

Kata Umi, lelaki berkenaan memaklumka­n dia perlu memakai bikini dalam bilik hotel selain menjalinka­n hubungan seks.

“Keesokan harinya, saya menerima lagi panggilan daripada lelaki sama yang meminta saya datang untuk sesi fotografi berbikini, tetapi saya menolak sesi fotografi itu. Tetapi saya menerima tawaran sebagai pelakon tambahan seperti dijanjikan.

“Lelaki itu kemudian naik berang dan berkata, ini adalah lakonan terakhir saya,” katanya ketika tampil membuat aduan di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di Kuala Lumpur bersama sembilan rakannya yang mengalami nasib sama.

Menurutnya, walaupun diugut lelaki itu namun dia tetap meneruskan lakonan pada Khamis dan Jumaat minggu lalu dengan bayaran dijanjikan produksi iaitu RM130 sehari.

“Apabila saya mahu meminta bayaran, produksi terbabit hanya memberikan RM100 dan bukan RM130 seperti dimaklumka­n. Alasannya, saya tidak pandai berlakon dan beraksi di set penggambar­an.

“Sebenarnya, saya tahu wakil agensi itu yang memainkan peranan agar saya tidak menerima bayaran seperti dijanjikan,” katanya menceritak­an pengalaman pahitnya itu kepada Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd

>>Sepuluh pelakon meminta agensi digantung operasi kerana merosakkan industri seni tanah air

Nafiah.

Menurutnya, pelbagai cara dibuat agensi itu untuk menyekat bayarannya sedangkan dia sudah menjalani penggambar­an.

“Saya mengimpika­n menjadi pelakon popular, tetapi dengan cara yang betul. Paling menyedihka­n apabila saya menuntut bayaran lakonan, saya digelar sebagai sundal,” katanya sambil menambah dia juga dimaki hamun sebelum wang dicampakka­n ke mukanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, Selangor tiga hari selepas kejadian.

Umi berkata, sebaik mendapat tahu dia membuat laporan polis, lelaki terbabit kemudian menyunting gambar peribadiny­a dalam keadaan separuh bogel.

“Gambar itu kemudian dimuat naik dalam Facebook. Tindakan itu bertujuan menakutkan saya supaya menarik semula laporan polis dibuat,” katanya yang berharap tindakan segera diambil pihak berkuasa.

Seorang lagi pelakon tambahan yang mahu dikenali sebagai Dira, 20, berkata, dia sudah setahun bernaung bersama agensi itu dan kini hidup ketakutan.

“Apa yang dirasai Umi sudahpun saya lalui sejak setahun lalu. Lebih malang apabila foto separuh bogel saya kini berada dalam simpanan mereka,” katanya.

Dira berkata, setiap kali dia dan rakan mahu menuntut bayaran lakonan, mereka hanya menerima RM100 tidak seperti RM130 yang dijanjikan.

“Jika kami buat ‘bising’, lelaki terbabit mengugut mahu menyebarka­n foto separuh bogel kami di laman sosial,” katanya sebak.

Menurut Dira, kira-kira 10 rakan pelakon berusia 18 hingga 30 tahun meminta agensi itu digantung operasi kerana merosakkan industri seni tanah air.

Sementara itu, Mohd Hafiz berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan menggesa pihak polis segera menjalanka­n siasatan.

“Kami tidak mahu agensi sebegini merosakkan industri seni. Selepas ini, kami akan menyediaka­n garis panduan buat pelakon pelapis supaya mereka tidak menjadi mangsa keadaan,” katanya.

 ?? Umi ?? PELAKON tambahan membuat aduan kepada Mohd Hafiz. Sebagai balasan, lelaki ini meminta ganjaran khas kerana dia berjaya mendapatka­n ‘job’ (lakonan) bersama pengarah produksi. Saya bertanya apa bentuk ganjaran dimaksudka­n dan lelaki itu memberitah­u, ia...
Umi PELAKON tambahan membuat aduan kepada Mohd Hafiz. Sebagai balasan, lelaki ini meminta ganjaran khas kerana dia berjaya mendapatka­n ‘job’ (lakonan) bersama pengarah produksi. Saya bertanya apa bentuk ganjaran dimaksudka­n dan lelaki itu memberitah­u, ia...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia