Harian Metro

600 sudah langgan

CIMB, Sun Life Malaysia optimis pelan baru gabung perlindung­an, pelaburan raih premium RM30j

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan rakan insuransny­a Sun Life Malaysia Assurance Bhd (Sun Life Malaysia) memperkena­lkan pelan insurans terkini Sun Income Secure dengan sasaran premium RM30 juta tahun ini.

Ketua Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia Raymond Lew berkata, sasaran premium itu bakal dipacu penyertaan antara 2,000 dan 3,000 pemegang polisi baru.

“Kami membuat prapelanca­ran produk terbaru Julai tahun lalu dan mengumpul lebih 600 pelanggan membabitka­n jumlah premium RM11 juta.

“Justeru, kami yakin produk Sun Income Secure akan mendapat perhatian pelanggan yang mahukan jaminan kewangan sepanjang hayat,” katanya selepas pelancaran produk berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Konsumer Kumpulan CIMB Samir Gupta, Presiden Sun Life Financial Asia Claude A Accum dan Ketua Pengurusan Kekayaan CIMB Bank Bhd Gary Yong.

Sun Income Secure adalah pelan penyelesai­an bagi membolehka­n pelanggan menikmati perlindung­an, pelaburan dan pendapatan tahunan yang dijamin dalam satu pelan tunggal untuk perancanga­n persaraan.

Ia menawarkan manfaat utama termasuk jaminan pendapatan tahunan sehingga 20 tahun dan pelanggan boleh memutuskan pendapatan tahunan yang ingin diperoleh bermula daripada umur persaraan mereka.

Selain itu, ia menawarkan perlindung­an bayaran sekali gus jika berlakunya kematian atau hilang upaya kekal dan sementara.

Sun Income Secure juga memberikan pulangan pelaburan berpotensi menerusi pelaburan dalam dana berkaitan diuruskan secara profesiona­l.

Sementara itu, Samir berkata, sejak lima tahun lalu pihaknya menjalin kerjasama dengan Sun Life Malaysia menyediaka­n pelbagai penyelesai­an inovatif yang membantu pelanggann­ya.

“Produk baru ini adalah penyelesai­an inovatif terbaru yang ditawarkan bagi membantu pelanggan mencapai impian persaraan mereka.

“Kerjasama ini sebahagian tawaran holistik untuk menyokong impian pelanggan dibantu capaian digital yang kami miliki,” katanya.

 ??  ?? LEW (kiri) bersama Gupta (dua dari kanan) melancarka­n Sun Income Secure, semalam.
LEW (kiri) bersama Gupta (dua dari kanan) melancarka­n Sun Income Secure, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia