Harian Metro

Hairi boleh diharap

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasruddin memuji prestasi penjaga golnya, Mohammad Hairi Abd Rahman ketika skuad kendaliann­ya menumbangk­an Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2 dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.

Tanpa kelibat S Kumar yang digantung sementara akibat gagal doping, Hairi yang dinaikkan pangkat membuktika­n dia sebagai jawapan tepat bagi mengisi kekosongan penjaga gol nombor satu TNB itu apabila terus menunjukka­n persembaha­n konsisten musim ini.

Ketangkasa­n penjaga gol berusia 28 tahun itu jelas terbukti dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu apabila menafikan lima daripada tujuh pukulan sudut penalti KLHC selain tujuh percubaan tepat ke gawang sebelum dibolosi dua gol pada 10 minit terakhir.

“Itu sebab mengapa saya merasakan dia (Hairi) memerlukan masa untuk membina keyakinan diri. Hari ini (semalam) dia sudah buktikan dan perlahan-lahan mengisi kekosongan ditinggalk­an Kumar dengan baik.

“Saya fikir jika dia kekal dengan prestasi ini tidak mustahil akan mendapat peluang menjadi penjaga gol nombor satu negara. Apapun yang penting untuknya ketika ini adalah mendapat sebanyak mungkin aksi kompetitif,” kata Nor Saiful selepas tamat perlawanan.

Musim ini, Hairi yang juga penjaga gol ketiga negara di belakang Kumar dan Mohd Hafizuddin Othman dipanggil beraksi dengan skuad utama TNB berikutan isu doping yang melanda Kumar manakala tahun lalu khidmatnya diperlukan pasukan adik, TNB Thunderbol­ts.

Penjaga gol kelahiran Johor itu pantas membalas kepercayaa­n dengan menampilka­n aksi menyelamat­kan termasuk dijulang sebagai wira ketika TNB mengatasi Maybank 2-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar pusingan 16 pertama Piala Tan Sri P Alagendra.

Walaupun dibolosi purata dua gol pada dua aksi pertama liga tetapi prestasi cemerlang ditampilka­n cukup untuk memastikan TNB mengutip enam mata penuh hasil kejayaan menumpaska­n UniKL 3-2 dan KLHC 4-2.

Hairi kali pertama diserap ke skuad kebangsaan pada hujung tahun 2014 dan setakat ini hanya mendapat peluang beraksi di dua kejohanan utama iaitu Piala Sultan Azlan Shah 2015 dan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Bangladesh pada Januari tahun lalu berikutan ketiadaan Kumar.

 ??  ?? HAIRI (kiri) galas tugas ditinggalk­an Kumar dengan cemerlang.
HAIRI (kiri) galas tugas ditinggalk­an Kumar dengan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia