Harian Metro

‘SAYA CINTA AWAK’

 Farid Kamil dibebas ikat jamin tampak lebih ceria, ucap terima kasih kepada peminat

- 6&7

> “Saya rindukan anak-anak. Buat isteri, I love you. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini,” kata pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa atas dua tuduhan menyebabka­n kecederaan, berkelakua­n tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, minggu lalu sebaik dibebaskan dengan jaminan RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, lapor Sarah Zulkifli dan Sudirman Mohd Tahir

Petaling Jaya:

“Saya rindukan anak. Buat isteri, I love you.” Itu jawapan spontan pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari sebaik beliau dibebaskan dengan jaminan RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Katanya, setakat ini, kehidupann­ya berjalan dengan baik. Apa yang berlaku ke atasnya adalah ujian daripada Allah.

“Alhamdulil­lah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini (semalam). Saya mengharapk­an sokongan mereka.

“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, pertemuan dengan dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora akan diaturkan kemudian.

“Kami akan aturkan pertemuan,” katanya apabila disoal pemberita ketika berjalan keluar dari

Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini pada jam 2.50 petang, semalam.

Menurut pelakon filem Tombiruo itu, beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih, terima kasih, all the best...Assalamual­aikum,”

katanya.

Sebaik melangkah keluar, terdengar sorakan dan tepuk tangan daripada rakan serta peminat yang hadir memberikan sokongan berhubung kes dihadapi pelakon itu.

Farid berkata, apa yang berlaku terhadap dirinya adalah sebagai warna dalam kehidupan beliau.

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah yang berikan jalan cerita dalam hidup saya.

“Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya,” katanya yang tampak ceria dan lebih bersemanga­t berbanding ketika ditahan polis, Khamis lalu.

Suami pelakon Datin Diana Danielle itu kemudian beredar dari pekarangan mahkamah bersama adiknya, Fadzil Zahari dengan menaiki Toyota Vellfire.

Sementara itu, Diana yang turut hadir di mahkamah enggan mengulas lanjut.

Diana yang hadir mengenakan baju kurung kapas corak bunga-bunga hanya diam ketika diajukan soalan oleh pihak media.

Sesekali Diana hanya melemparka­n senyuman.

Usaha Harian Metro untuk bertanya lebih lanjut tidak berjaya apabila Diana enggan mengulas.

“No, no, no, buat masa sekarang saya belum boleh memberi sebarang kenyataan. Terima kasih kerana sudi hadir.

“Saya hanya nak keluar dari sini. Ada tak jalan lain untuk saya tanpa perlu berdepan dengan pihak media?” katanya.

Diana meninggalk­an kompleks mahkamah menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pembantu peribadiny­a.

Terdahulu, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabka­n kecederaan, berkelakua­n tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik

Kota Damansara, minggu lalu.

 ?? EIZAIRI SHAMSUDIN
FOTO: ??
EIZAIRI SHAMSUDIN FOTO:
 ??  ?? FARID Kamil memberi reaksi kepada wartawan dan jurugambar ketika menaiki Toyota Vellfire keluar dari pekarangan mahkamah, semalam.
FARID Kamil memberi reaksi kepada wartawan dan jurugambar ketika menaiki Toyota Vellfire keluar dari pekarangan mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia