Harian Metro

KERUSI MELAYANG DARI FLAT

‘SAYA TADAH OTAK ANAK’ PENGHUNI TINGKAT 18-21 DISOAL

- Mohd Azam Shah Yaacob, Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nur Sufiah Abd Halim am@hmetro.com.my

“Saya tadah otak anak yang bersepai selain terbayang pandangan matanya dalam keadaan tidak bernyawa.”

Itu luahan MS Kasthuriba­i, 45, ibu S Sathiswara­n, 15, yang maut akibat ditimpa kerusi pejabat dicampak dari tingkat 21, Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa bersama ibunya ke kedai runcit di aras bawah PPR untuk membeli kad tambah nilai.

Selepas itu mereka berjalan ke arah lif di ruang tengah bangunan 21 tingkat itu.

“Saya berjalan di depan manakala anak mengekori. Tiba-tiba saya lihat kerusi terbabit melayang dari atas dan jatuh tepat mengenai kepala anak sehingga terbelah.

“Anak rebah di depan saya. Dia seolah-olah merenung saya tapi pandangann­ya kosong. Saya hanya menjerit meminta tolong sambil menadah otaknya,” katanya di rumahnya di tingkat 16 PPR berkenaan, semalam.

Menurutnya, sebelum ini, banyak kejadian sama berlaku membabitka­n pelbagai barangan dicampak daripada tingkat atas PPR, malah ada mangsa yang menerima jahitan di kepala.

Bagaimanap­un, katanya, tiada tindakan serius diambil pengurusan atau persatuan penduduk.

“Kini, anak saya sudah tiada, dia jadi mangsa individu yang ambil jalan mudah mencampak kerusi ke bawah daripada membawanya ke ruang membuang sampah.

“Nyawa remaja yang tidak berdosa melayang kerana kecuaian orang lain. Hari ini anak saya kena, esok lusa mungkin anak orang lain pula.

“Kenapa tiada tindakan dalam hal ini?” katanya.

Sementara itu, pekerja pembersiha­n PPR berkenaan, Latifah Hashim, 53, berkata, sudah lebih sebulan dia melihat kerusi pejabat itu berada di depan lif di tingkat 21.

“Kerusi itu milik penghuni di tingkat 21 namun tiada sesiapa yang mengaku ia milik mereka.

“Saya bekerja di sini lebih dua tahun dan penat dengan perangai penduduk yang gemar membuang sampah daripada tingkat atas tanpa menghirauk­an keadaan sekeliling,” katanya.

Menurutnya, hampir setiap hari dia menyaksika­n penduduk membaling sampah dan objek keras daripada tingkat atas, malah dia menengking mereka bagi mengelak terkena penduduk lain.

Katanya, setiap pagi bermula jam 10 pagi, dia mengutip sampah di setiap tingkat yang ditinggalk­an penduduk sama ada di tepi lif atau di tangga.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI sampah yang dibuang penduduk di Blok 102 PPR Seri Pantai. MANGSA maut terkena kerusi pejabat ketika berjalan bersama ibunya.
PELBAGAI sampah yang dibuang penduduk di Blok 102 PPR Seri Pantai. MANGSA maut terkena kerusi pejabat ketika berjalan bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia