Harian Metro

3 LAGI PEGAWAI IMIGRESEN DITAHAN

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Pegawai JIM ditahan terbabit kegiatan penyeludup­an migran

Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludup­an migran Bangladesh di pintu masuk utama negara itu.

Tiga pegawai JIM itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, Ahad lalu.

Menurut sumber, tiga pegawai terbabit dipanggil memberi keterangan di pejabat Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (D7C) Bukit Aman berkaitan kes pembolosan migran Bangladesh di KLIA.

“Ketiga-tiga pegawai JIM terbabit ditahan pada hari sama selepas datang ke pejabat D7C.

“Selain SOSMA, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya yang memberitah­u tiga pegawai JIM terbabit berusia

20-an hingga 30-an.

Dalam perkembang­an sama, sumber memberitah­u Skuad Khas Harian Metro bahawa seorang daripada pegawai imigresen yang ditahan adalah pegawai Gred KP19.

antara

Sumber sama berkata, kegiatan penyeludup­an di KLIA sudah berlaku lama yang mana dikuasai empat ‘Raja Seludup’ iaitu warga Bangladesh berpusat di Dhaka dikenali sebagai Maasom, Nil Chan, Rasel dan Mutalab.

“Empat dalang utama itu mendapat bantuan daripada pegawai imigresen Malaysia dalam melepaskan warga Bangladesh yang diseludup.

“Seperti diketahui, sindiket mengenakan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 kepada setiap warga Bangladesh yang mahu masuk ke negara ini melalui KLIA.

“Caj berkenaan termasukla­h tiket penerbanga­n, pengangkut­an dan pembayaran kepada pegawai imigresen.

“Bayaran sebanyak RM3,500 hingga RM4,000 diberikan ejen kepada pegawai imigresen sebagai imbuhan untuk melakukan kerja kotor berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pegawai penyiasat yang mengendali­kan kes berkenaan dilaporkan sedang memeriksa akaun dan aset milik ketiga-tiga suspek.

“Itu prosedur biasa dan sekiranya ditemui aset yang mencurigak­an, ia akan dibekukan,” katanya.

Bermula 7 Disember lalu, Harian Metro melaporkan kejayaan D7C Bukit Aman diketuai Senior Asisten Komisioner Maszely Minhad yang berjaya menahan 11 ahli sindiket termasuk 33 migran Bangladesh dalam Op Pintas KLIA.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 20 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 20 Disember lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia