Harian Metro

JAKIM JENGAH SAJAT

- >4

 Perjumpaan di wisma milik usahawan kosmetik beri pencerahan

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzam­an bersyukur pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) petang tadi berlangsun­g dengan baik.

Sajat ketika dihubungi berkata, pertemuan dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembanguna­n Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM Dr Izwan Yusof, itu berlangsun­g di wisma miliknya di Shah Alam, jam 3 petang tadi.

Katanya, proses yang berlangsun­g hampir sejam itu berjalan dengan baik selepas pihak JAKIM mendapat pencerahan dan segala persoalan yang ditimbulka­n.

“Alhamdulil­lah saya baru selesai terima ziarah daripada JAKIM. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsun­g dengan lancar dan aman.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral,” katanya.

Kata Sajat, dia bersetuju untuk bertemu JAKIM selepas mereka menghubung­i untuk bertemu.

“Sebagai seorang yang rasional, mengapa perlu saya tolak,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Sajat turut membawa ibu bapanya dan peguam peribadi.

Sajat turut meluahkan rasa terkilanny­a terhadap sesetengah pengguna laman sosial yang suka mengeluark­an kata-kata kesat dan kurang sopan setiap kali memberi komen di laman peribadi miliknya.

“Saya tidak kisah jika mereka menegur saya dengan cara yang baik, tetapi ada sesetengah mereka terang-terangan menghina dan mengeluark­an kata-kata kesat terhadap saya.

“JAKIM sendiri menghubung­i saya dan bercakap dengan cara baik, tetapi mengapa mereka yang kononnya ustaz dan ustazah di media sosial sanggup mencaci maki,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembanguna­n Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM Dr Izwan Yusof berkata, pertemuan itu adalah antaranya dengan ahli perniagaan berkenaan.

“Ia adalah pertemuan biasa,” katanya ringkas tanpa memperinci­kan tujuan pertemuan berkenaan.

Sebelum ini, Dr Izwan menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuaraka­n hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

Dalam mesej itu, Dr Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) di JAKIM berhajat untuk bertemu Sajat memandangk­an isu yang timbul kebelakang­an ini berkaitan dirinya turut menimbulka­n banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa sama, Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitter miliknya turut menyatakan persetujua­n berhubung hasrat JAKIM untuk mengadakan pertemuan bersama ahli perniagaan dan selebriti terkenal itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Izwan bersalaman dengan Kamaruzzam­an sambil diperhatik­an ibu dan Nur Sajat dalam perjumpaan, semalam.
DR Izwan bersalaman dengan Kamaruzzam­an sambil diperhatik­an ibu dan Nur Sajat dalam perjumpaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia