Harian Metro

Patah balik ibu meninggal

 Helikopter bawa pulang tiga beradik Orang Asli sebelum sempat mulakan sesi pembelajar­an

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Kelmarin, tiga beradik Orang Asli dibawa keluar dari Kampung Chemal, Pos Belatim menaiki helikopter untuk melapor diri di sekolah mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1, di sini.

Bagaimanap­un, semalam, mereka pulang semula ke rumah sebelum sempat memulakan sesi pembelajar­an berikutan kematian ibu mereka, Minah Adek, 50.

Wendy Andlem, 19, Chebdy, 17, dan Ronal, 16, menerima khabar duka itu ketika berada di asrama masing-masing dan bersiap untuk ke kelas.

Wendy berkata, seorang guru menemuinya di asrama jam 5 pagi dan meminta dia bersama adiknya pulang ke kampung atas urusan tertentu.

“Saya tidak tahu mengenai keadaan ibu sehinggala­h menemui pengetua (di tempat helikopter mendarat) dan dimaklumka­n ibu sudah tiada. “Semalam (kelmarin), saya tinggalkan ibu dalam keadaan tenat dan tak sangka ibu pergi hari ini,” katanya yang memberitah­u ibunya uzur sejak sebulan lalu.

Menurutnya, ibunya menghidap penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan kencing manis dan keadaan kesihatann­ya semakin kronik sejak akhir-akhir ini.

Katanya, memang dia berat hati meninggalk­an ibunya untuk ke sekolah, kelmarin, namun terpaksa berbuat demikian memandangk­an sesi persekolah­an bermula dua minggu lalu.

Tiga beradik itu menaiki helikopter Agusta A109E milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan berlepas dari Padang Sivik Gua Musang jam 10.20 pagi.

Hadir memberikan sokongan moral kepada mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan Hashim Alang Abdul Hamid.

Sejak kelmarin, Unit Udara JBPM dalam misi membawa keluar 242 pelajar Orang Asli yang terkandas di empat pos berikutan laluan darat yang rosak teruk sejak November lalu.

Sementara itu, Nazili berkata, operasi itu yang memasuki hari kedua semalam mengutamak­an penghantar­an pulang tiga beradik Orang Asli itu.

“Ia insiden yang tidak dijangka dan kami mengutamak­an membawa pulang mereka sebelum menyambung operasi membawa keluar baki pelajar,” katanya.

 ??  ?? AB Aziz (kanan) bersama Nazili memberi sokongan moral kepada tiga beradik Orang Asli untuk pulang ke rumah selepas kematian ibu mereka menggunaka­n helikopter JBPM.
AB Aziz (kanan) bersama Nazili memberi sokongan moral kepada tiga beradik Orang Asli untuk pulang ke rumah selepas kematian ibu mereka menggunaka­n helikopter JBPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia