Harian Metro

Bawa abang jalani pemeriksaa­n kesihatan

-

Trafik Kota Damansara dengan mengeluark­an kata-kata kurang sopan kepada Muhammad Nizam yang mana ia boleh mendatangk­an kemarahan dan penghinaan.

Dakwaan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter pertanyaan di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada jam 1.20 tengah hari, 11 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan.

Namun, peguam Athari Bahardin yang mewakili

Farid Kamil dalam rayuannya memohon jaminan dikurangka­n kepada Petaling Jaya: Keluarga dan isteri Datuk Farid Kamil Zahari yang dibebaskan dengan jaminan RM12,000 akan membawa beliau menjalani pemeriksaa­n kesihatan secepat mungkin.

Adiknya, Fadzil Zahari berkata, dia akan membawa abang sulungnya itu untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan.

“Syukur, abang kami dibebaskan dengan jaminan hari ini (semalam).

“Sekarang harapan kami, dia dapat dibawa menjalani pemeriksaa­n kesihatan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah terhadap abangnya di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam.

Fadzil turut berharap rakan media memberi ruang kepada Farid Kamil untuk bertenang selain mendakwa kes itu masih dalam siasatan polis dan pihak berwajib melaksanak­an tugas mereka tanpa memburukka­n lagi keadaan.

“Saya berharap tiada lagi individu mengeluark­an cerita mengeliruk­an kerana segala-galanya sudah berada di peringkat mahkamah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia