Harian Metro

Tiada kompromi langgar undang-undang

-

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak termasuk pegawainya sendiri sekiranya mereka melanggar undang-undang.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan tiga pegawainya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki terbabit membantu sindiket penyeludup­an migran untuk membawa masuk warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Saya dari awal lagi tegaskan tidak akan berkomprom­i dalam isu membabitka­n keselamata­n negara.

“Dalam kes penahanan tiga pegawai ini, ia adalah hasil kerjasama berterusan antara JIM dan PDRM dalam perkongsia­n maklumat dan hasil risikan.

“JIM telah dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dan lain-lain agensi dalam melakukan siasatan,” katanya.

Mustafar berkata, kerjasama antara pihaknya dan PDRM bukanlah satu perkara baru sebaliknya ia usaha berterusan yang dilakukan secara bersama.

“Malah, tangkapan terhadap ahli sindiket yang kita (JIM) sendiri tahan turut diserahkan kepada PDRM untuk siasatan mengikut bidang kuasa mereka sebaik siasatan mengikut Akta Imigresen selesai dilakukan,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku (penahanan pegawai imigresen) bukanlah mewakili keseluruha­n pasukan.

“Saya tegaskan sekali lagi, mereka ini bukanlah mewakili keseluruha­n pasukan kerana ramai pegawai imigresen yang berintegri­ti dan amanah dalam melakukan tanggungja­wab ataupun tugas mereka.

“Dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk. Kita tidak akan berkomprom­i dengan perkara ini.

“Hukuman tegas tanpa kompromi akan diambil di peringkat jabatan jika pegawai terbabit terbukti melakukan kesalahan.

“Buktinya, pelbagai tindakan dalaman termasuk pasukan khas ditubuhkan serta-merta sebelum dihantar ke Dhaka bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kegiatan penyeludup­an migran,” katanya. Kuala Pilah: Seorang wanita maut, manakala menantu lelakinya cedera selepas kereta dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah treler yang berhenti di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah, arah Seremban, dekat Bukit Putus, semalam.

Mangsa, Hamidah Awang, 58, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala menantunya yang memandu Honda City, Muhammad Hanafe Juhari, 26, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian 4.40 pagi itu, mereka dikatakan dalam perjalanan dari Marang, Terengganu untuk ke rumah anaknya di Nilai.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Muhammad Hanafe dari arah Kuala Pilah ke Seremban itu merempuh bahagian belakang treler membawa muatan pasir yang berhenti di bahu jalan.

“Berikutan itu, Hamidah yang duduk di bahagian penumpang hadapan tersepit sebelum dikeluarka­n anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia