Harian Metro

Selesa lepas penat atas pokok

-

Kota Bharu: Sebelum ini, usahanya menanam pokok kurma pernah diperlekeh­kan, malah ada juga mengatakan dia gila kerana menanam spesies palma yang berasal dari luar negara.

Bagaimanap­un, setiap kali menerima kutukan itu, Mohd Zain Mohamad, 58, tidak pernah menjawab sebaliknya hanya membalas dengan senyuman.

Kini, selepas 18 tahun, Mohd Zain mampu berbangga apabila hobi menanam pokok kurma yang mulanya hanya sekadar suka-suka, kini mampu memberikan pulangan lumayan.

Menurutnya, bermula dengan menaman 50 pokok, dia kini mampu membenihka­n lebih 500 pokok kurma di tanah seluas 0.2 hektar di Kampung Teras, Binjai.

“Orang kata pokok kurma hanya hidup di padang pasir dan kawasan kering, tetapi mereka silap kerana pokok ini memerlukan air yang banyak untuk hidup menyebabka­n di negara kita, pokok ini sesuai ditanam di mana saja. Baling: Kreativiti seorang penduduk di Kampung Paya Besar Hulu, di Kuala Ketil, dekat sini, terserlah apabila membina pondok di atas pokok berhampira­n rumahnya sebagai tempat beristirah­at dan melepaskan penat bekerja.

Imran Baharum, 47, yang bekerja sebagai pemandu van kilang mengambil inisiatif itu kerana lebih selesa berehat dan tidur di pondok itu sambil menikmati udara segar berbanding udara di rumah agak terperap.

Menurutnya, pondok yang berlantaik­an papan, berdinding­kan papan lapis dan beratapkan plastik itu dibina tahun lalu itu selamat untuk berehat kerana ia didirikan di atas pohon limau yang mempunyai banyak dahan bercabang selain mempunyai struktur binaan sokongan bagi menguatkan kedudukann­ya.

“Kerja seharian hingga ke malam sebagai pemandu van kilang memang memenatkan kerana perlu mengambil pekerja di merata tempat sekitar Kuala Ketil untuk dihantar dan dijemput pulang dari berkerja kilang di Seberang Perai Pulau Pinang.

“Justeru, saya jadikan pondok ini sebagai tempat berehat dan jika cuaca agak panas, saya akan tidur sendirian pada waktu malam

>>Mohd Zain mampu membenihka­n lebih 500 pokok kurma di tanah seluas 0.2 hektar

atas pondok ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Selain mendirikan pondok, Imran juga menggantun­gkan buaian jaring pada pokok yang sama yang cuma boleh digunakan seorang saja untuk berehat pada ketinggian kira-kira 10 meter dari tanah.

Bapa kepada lima anak terbabit tidak perlu banyak mengeluark­an ‘modal’ untuk mendirikan pondok berkenaan kerana ia menggunaka­n sisa binaan rumahnya seperti kayu sokongan, papan lapis, paku dan papan palet yang terjamin dari segi ketahanann­ya.

Imran berkata, pondok terbabit berkeluasa­n kira-kira 3.5 meter panjang dan 3.5 meter lebar mampu menempatka­n lima orang untuk berehat atau tidur di dalamnya.

Katanya, pembinaan pondok itu adalah sebagai persediaan kemungkina­n berlaku fenomena cuaca kering melampau yang pernah berlaku sebelum ini yang menyebabka­n cuaca panas pada waktu siang dan malam.

Katanya, disebabkan keadaan pondok itu unik dan pada kedudukan agak tinggi, ramai kawan serta jiran mengambil kesempatan berehat dan tidur di situ pada waktu malam kerana mahu merasai kelainan suasana.

 ?? Mohd Zain ?? Bagi benih, saya menjualnya dengan harga serendah RM15 sepohon”
Mohd Zain Bagi benih, saya menjualnya dengan harga serendah RM15 sepohon”
 ??  ?? IMRAN menunjukka­n pondok yang
dibina atas pokok limau.
IMRAN menunjukka­n pondok yang dibina atas pokok limau.
 ??  ?? IMRAN (kanan) dan anaknya berehat dalam pondok atas pokok limau yang dibinanya.
IMRAN (kanan) dan anaknya berehat dalam pondok atas pokok limau yang dibinanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia