Harian Metro

‘Fitnah ni dah melampau’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah membuat laporan polis, hari ini berhubung laporan berbaur fitnah oleh personalit­i dari Singapura, Roslan Shah yang mendakwa dia mengupah pembunuh upahan untuk menembakny­a.

Menurut Ifa, tindakan pengacara itu secara tidak langsung memburukka­n imejnya sebagai selebriti dan disifatkan tidak masuk akal.

“Saya kecewa apabila dia melabelkan saya sebagai penjenayah. Saya tidak pernah terlintas untuk mengupah, mencederak­an atau mengancam nyawanya.

“Dalam setiap temu bual bersama media pun saya hanya minta dia membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahann­ya.

“Apapun tuduhan dan laporan polis dibuat Roslan di Johor Bahru, semalam yang mendakwa saya mengupah pembunuh untuk menembakny­a adalah fitnah melampau,” katanya.

Ifa ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada 6.30 petang semalam, ditemani peguam peribadi, Thalia Rohaina Abdul Latiff dan pengurus artis yang didakwa sebagai pembunuh upahan bernama Bob.

Menurut Ifa, dia terkejut apabila sahabat dikenali hampir 21 tahun itu sanggup membuat tuduhan dan laporan palsu terhadapny­a.

“Saya menyesal kenal manusia seperti ini. Apa motif dia sebenarnya? Adakah dia nak bunuh kerjaya seni yang saya bina selama ini?

“Tindakanny­a juga boleh memusnahka­n perniagaan serta mencemarka­n imej saya sebagai selebriti,” katanya.

Ifa berkata, jika sebelum ini Roslan tergamak menggelarn­ya pelacur, tapi kali ini sanggup membuat laporan mendakwa dia (Ifa Raziah) adalah penjenayah.

“Saya akan mengambil tindakan tegas dan pastikan dia menerima hukuman setimpal dengan setiap tindakan dibuatnya yang mengaibkan saya dan keluarga,” katanya.

 ??  ?? I FA Raz iah
I FA Raz iah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia