Harian Metro

SPRM cekup pengurus kemuka tuntutan palsu

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sebuah syarikat swasta kerana disyaki mengemukak­an tuntutan palsu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat, tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat, kira-kira jam 3 petang semalam bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki mengemukak­an tuntutan palsu berjumlah RM8,000 kepada AADK Segamat bagi kerja pembekalan untuk program agensi berkenaan, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanak­an.

Susulan tangkapan itu, SPRM kemudian membuat serbuan di pejabat suspek di Taman Utama, Segamat dan menyita beberapa dokumen berhubung kerja pembekalan terbabit.

Keluarga Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar belum memuktamad­kan keputusan sama ada akan membeli semula atau tidak Proton Saga 1.3 yang pernah dihadiahka­n kerajaan kepada arwah.

Anak sulungnya, Mohd Sariffuddi­n berkata, mereka sekeluarga gembira apabila pemilik baharu, Che Far Talib, 66, bersedia untuk berbincang mengenai kereta itu yang dihadiahka­n oleh kerajaan kepada bapanya selepas memenangi pertanding­an mencipta nama kenderaan itu.

“Saya dan adik-beradik akan bincang dulu bersama ibu sebelum buat sebarang keputusan untuk membeli atau tidak kereta Proton Saga itu.

“Memang kereta itu banyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia