Harian Metro

Semakan enam bulan tak jejas bil elektrik

-

Putrajaya: Kadar tarif elektrik yang disemak semula setiap enam bulan tidak memberi kesan kenaikan harga kepada pengguna sekiranya berlaku peningkata­n kos gas dan arang batu dunia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Tenaga Ir Azhar Omar berkata, hal ini kerana, pihaknya akan menggunaka­n dana terkumpul dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi menampung sebarang kenaikan termasuk peningkata­n kos bagi bahan bakar berkenaan.

“Semakan semula itu adalah bagi kos tidak seimbang berdasarka­n keadaan berlaku pada masa sekarang dengan penetapan tarif elektrik sebelum ini.

“Jika ada perbezaan dalam perkara ini, kita akan memberi pelepasan kepada pengguna sama ada dalam bentuk rebat atau surcaj,” katanya pada taklimat media berkenaan tarif elektrik, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjay­a Tenaga Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

Pada 26 Disember lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata, kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjun­g kekal bagi tempoh tiga tahun akan datang bermula pada 1 Januari tahun ini hingga 31 Disember 2020, manakala kadar sedia ada di Sabah dan Labuan tidak berubah hingga Jun tahun depan.

Ongkili dipetik berkata, jumlah keseluruha­n rebat tarif elektrik ialah sebanyak RM929.37 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun ini dan secara keseluruha­n, kerajaan memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjun­g bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia