Harian Metro

Keluar siri setem anjing kerja Empat Geng Bayu tumpas

-

Pos Malaysia mengeluark­an siri setem pertama pada 2018 bertemakan Haiwan Dengan Pelbagai Peranan-Anjing Kerja yang boleh didapati di pejabatnya di seluruh negara esok.

Ketua Unit Setem dan Filateliny­a Diyana Lean Abdullah berkata, keluaran setem khas ini menampilka­n tiga jenis anjing kerja yang terkenal iaitu anjing pengesan, kawalan dan pemandu.

“Siri koleksi itu menonjolka­n kepentinga­n anjing kerja bagi melaksanak­an tugas khas membantu manusia seperti cegah jenayah, kesan bahan tersembuny­i dan bantu individu cacat penglihata­n.

“Setiap satu berharga 60 sen yang memaparkan lakaran anggota bomba bersama anjing jenis Border Collie, polis dengan anjing jenis Belgian Shepherd serta orang buta dipimpin anjing Golden Retriever,” katanya.

Kegiatan haram kumpulan dikenali sebagai Geng Bayu yang bergiat aktif memecah masuk rumah dan kedai di sekitar Bukit Tinggi di sini, sejak beberapa bulan lalu tumpas dengan penahanan empat lelaki, semalam.

Semua suspek berusia 30 hingga 46 tahun itu dicekup polis Klang Selatan di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah ini.

Selain pelbagai peralatan untuk kegiatan haram mereka, polis menemui semula barangan dipercayai milik mangsa termasuk peti sejuk, kipas meja, mesin basuh dan televisyen.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar berkata, dua suspek awal ditahan pihaknya di Flat Bukit Tinggi 2, kira-kira jam 5.30 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n merampas sekeping surat pajak gadai dan kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki pada jam 6.15 pagi.

“Ia diikuti tangkapan terakhir membabitka­n seorang lagi lelaki kira-kira 30 minit kemudian. Semua tangkapan itu dijalankan di sekitar flat berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya berjaya menemui barangan

 Dicekup bersama barang milik mangsa

yang dipercayai hasil pecah rumah dan kedai dilakukan geng berkenaan.

“Selain peti sejuk, kipas meja, mesin basuh dan televisyen, ia membabitka­n dua unit pembesar suara dan tiga parang.

“Kita menemui pelbagai peralatan digunakan kumpulan itu untuk melakukan kegiatan berkenaan,” katanya.

Kata Amar, siasatan mendapati semua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti pembabitan mereka dalam kes pecah rumah dan kedai di sekitar Klang,” katanya yang mengklasif­ikasikan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? ANTARA barangan dan peralatan
pecah kedai dan rumah yang dirampas polis dalam serbuan di Bukit
Tinggi Klang awal pagi tadi.
ANTARA barangan dan peralatan pecah kedai dan rumah yang dirampas polis dalam serbuan di Bukit Tinggi Klang awal pagi tadi.
 ??  ?? KAKITANGAN Pos Malaysia menunjukka­n siri setem Haiwan Dengan Pelbagai Peranan-Anjing Kerja.
KAKITANGAN Pos Malaysia menunjukka­n siri setem Haiwan Dengan Pelbagai Peranan-Anjing Kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia