Harian Metro

Jelajah pertama SL1M pada 24, 25 Februari

-

Seri Kembangan: Siri jelajah pertama Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi tahun ini bakal bermula di peringkat Zon Tengah yang dijadualka­n berlangsun­g di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 24 dan 25 Februari ini.

Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail berkata, lebih 15,000 jawatan kosong bakal menanti golongan pencari kerja dan graduan pada program itu.

“SL1M mengekalka­n konsep yang sama iaitu menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat pendidikan, namun dalam skala lebih besar pada program sulung tahun ini.

“Sesi temu duga akan dijalankan secara langsung atau terus oleh syarikat yang terbabit dan SL1M menjangkak­an lebih 30,000 pengunjung akan hadir membanjiri MAEPS kali ini.

“Antara syarikat yang mengambil bahagian termasuk Khazanah Nasional Berhad

(Khazanah), Maybank, UEM Group Berhad (Kumpulan UEM), Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) , CIMB Bank Bhd (CIMB

Bank) dan banyak lagi.

“Saya menasihatk­an pencari kerja terutamany­a graduan supaya merebut peluang berharga ini bagi memajukan ekonomi diri dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, program yang bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Razak itu bukan saja menyediaka­n peluang pekerjaan, malah turut menampilka­n artis popular seperti Faizal Tahir dan Kumpulan Zero selaku Duta SL1M, selain Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Haqiem Rusli dan Kumpulan

Bocey.

Katanya, selain itu, sesi motivasi khas bersama Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf serta sesi Meet & Greet bersama maskot Didi & Friends dan Omar & Hana juga akan diadakan.

“Pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman yang akan memberi manfaat kepada golongan belia di negara ini,” katanya.

Klinik dan ceramah kerjaya serta gerai jualan turut diadakan dan pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti sebuah kereta Perodua Myvi Serba Baharu 1.3, motosikal, telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.

Selepas MAEPS, SL1M akan berkunjung ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah pada 24 dan 25 Mac, sebelum diikuti Kedah (zon utara), Johor Bharu (zon selatan), Kelantan (zon pantai timur) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

 ??  ?? NORASHIKIN bergambar bersama artis dan maskot Didi & Friends serta Omar & Hana.
NORASHIKIN bergambar bersama artis dan maskot Didi & Friends serta Omar & Hana.
 ??  ?? NORASHIKIN
NORASHIKIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia