Harian Metro

3.6 juta culas daftar

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 SPR terima 285,040 permohonan jadi pengundi pada suku ke-4 2017

Seramai 3.6 juta warganegar­a yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lalu, kata Setiausaha Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, jumlah pemilih yang terdapat dalam Daftar Pemilih 14.8 juta orang.

“Bagi tempoh pendaftara­n pemilih Suku Tahun 4/2017 iaitu Oktober, November dan Disember 2017, SPR menerima 285,040 permohonan pendaftara­n sebagai pemilih.

“Ia terdiri daripada 212,042 pendaftara­n pemilih baru dan 72,998 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, antara faktor yang mempengaru­hi mereka tidak mendaftar termasuk kurang kesedaran dan tidak mengetahui kepentinga­n untuk mendaftar dan mengundi menyebabka­n mereka tidak mengambil berat dan mengabaika­n tanggungja­wab itu.

Selain itu, sesetengah mereka menyatakan tidak berminat mencampuri urusan politik dan lebih suka meluahkan perasaan melalui media sosial atau menyertai demontrasi.

Malah ada yang memaklumka­n tidak berminat dengan situasi politik semasa yang kian bercelaru dan membingung­kan mereka.

Selain memaklumka­n tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar dan tidak menganggap sebagai perkara penting.

Tidak kurang juga yang beranggapa­n mereka akan didaftarka­n secara automatik oleh SPR apabila mencapai umur 21 tahun tanpa perlu membuat permohonan.

Abdul Ghani berkata, selaras dengan kehendak Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pendaftara­n Pemilih 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 4/2017 akan dipamerkan selama 14 hari.

“Pameran bermula esok hingga 30 Januari berlangsun­g di 961 tempat pameran di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh pameran berlangsun­g, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada tempoh berkenaan dinasihatk­an menyemak Rang DPT Suku Tahun 4/2017,” katanya.

Abdul Ghani berkata, SPR menyeru semua pemohon yang mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Disember lalu membuat semakan maklumat pendaftara­n pemilih mereka di tempat yang dinyatakan.

“Pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar My SPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT Suku Tahun 4/2017.

“Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017 boleh menghubung­i Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubung­i mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,”katanya. Putrajaya: Seramai 22 penuntut Malaysia dan beberapa pegawai Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) disahkan selamat dalam insiden runtuhan balkoni di bangunan bursa saham Indonesia, Jakarta, kelmarin.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan berkata, 22 penuntut berkenaan dari Management

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia