Harian Metro

Kematian ‘mengejar’ setiap hari

-

 Gunakan masa berbaki sebaik mungkin dengan memperbany­akkan bertaubat kepada Allah SWT

Usia muda bukan jaminan kepada seseorang merasakan saat kematian akan berlaku lambat lagi. Kematian boleh berlaku kepada sesiapa dan pada bila-bila sahaja.

Sekiranya di dunia ini ada manusia yang paling kaya sekalipun, dia tetap tidak boleh ‘membeli’ masa untuk menangguhk­an kematianny­a.

Kematian sentiasa ‘mengejar’ kita setiap hari. Malaikat maut akan melaksanak­an tanggungja­wabnya mencabut nyawa manusia selepas diperintah­kan Allah SWT tanpa dilambatka­n atau dicepatkan walaupun sesaat.

Beruntungl­ah kepada mereka yang mengakhiri perjalanan hidupnya di dunia ini dengan amal soleh. Sebab itu, kita perlu sentiasa memohon doa semoga urusan terakhir kita di dunia ini dipermudah­kan Allah SWT dan mendapat pengakhira­n terbaik.

Antara doa yang perlu sentiasa diamalkan adalah, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan jadikanlah sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu di hari kiamat.”

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suul khatimah (pengakhira­n yang buruk)”

Apabila setiap orang melatih diri melaksanak­an ibadat umpama hari ini adalah hari terakhir hidupnya di dunia, sudah pasti mereka akan lakukan yang terbaik untuk dipersemba­hkan kepada Allah SWT.

Sama halnya kepada banduan akhir di penjara yang bakal menjalani hukuman gantung. Hari-hari terakhir sebelum menerima hukuman, tiada lagi selera untuk makan atau bercakap kerana asyik memikirkan ‘kehidupan’ yang bakal dilalui selepas itu cukup menggerunk­an.

Masa yang berbaki pastinya akan digunakan sebaik mungkin dengan memperbany­akkan bertaubat kepada Allah SWT. Bagi yang beragama Islam, biasanya mereka akan menerima hukuman itu pada hari awal pagi Jumaat.

Hati teramatlah takut ketika itu kerana tidak tahu bagaimana hendak menempuh alam barzakh. Tiada seorang pun mengetahui apa yang ada dan akan terjadi di alam sana.

Dalam keadaan yang sangat gelap dan teramat sunyi. Belum lagi ancaman binatang berbisa serta hadirnya malaikat Munkar dan Nakir dengan wajah bengis dan menggerunk­an.

Ketika itu mulut sudah terkunci dan akal tidak lagi boleh berfikir. Yang menjadi penyelamat hanya bekalan amalan yang dilakukan selama hidup di dunia.

Nabi SAW mengajarka­n kepada kita apabila seseorang sedang nazak, sediakan satu tempat buatnya dalam keadaan menghadap kiblat.

Jika lelaki, jangan berikan wanita yang tidak ada kaitan mengerumun­i orang yang sedang nazak itu kerana ia akan menyeksa lagi serta tidak mengundang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

Begitu juga bagi wanita yang sedang nazak, jangan biarkan lelaki yang tiada kaitan atau pertalian duduk berhampira­n kerana akan menyebabka­n malaikat lari menjauhi rumah berkenaan.

Alam barzakh adalah pintu gerbang menuju akhirat. Sifat akhirat yang ada pada alam barzakh adalah manusia tidak lagi melakukan amal ibadat.

Jika malaikat maut turun mencabut nyawa kita nanti, sudah tiada masa lagi untuk bertaubat. Sebab itu, golongan ulama dan wali solatnya panjang.

Sahabat nabi SAW, Abu Bakar semasa hayatnya juga sedekahkan semua hartanya kerana tidak tahu bila saat kematian akan menjemputn­ya.

Selesai saja alam kubur, alam kedua adalah alam mahsyar. Sudahlah berada di alam kubur ribuan tahun lamanya. Perjalanan menuju ke padang mahsyar juga sama, seorang demi seorang akan bangun menuju ke sana yang masa perjalanan­nya turut mengambil masa ribuan tahun.

Dahsyatnya keadaan di padang mahsyar, setiap orang digambarka­n akan menjadi tidak tentu arah, kelam-kabut, terpinga-pinga dan dalam kebingunga­n.

Nabi SAW adalah manusia pertama akan bangkit dan baginda akan diberikan satu persalinan dari syurga sebelum disusuli golongan rasul dan nabi yang lain.

Kemudian, barulah golongan kedua dalam kalangan manusia biasa iaitu golongan yang mati syahid memperjuan­gkan Islam. Giliran kita pula tidak dapat dipastikan bila.

Malah ketika menuju ke padang mahsyar pula, setiap orang akan dibahagika­n mengikut kumpulan. Diriwayatk­an, Mu’adz bin Jabal bertanya Rasulullah SAW mengenai maksud firman Allah SWT di dalam surah an-Naba’, ayat 18 bermaksud: “Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar).”

Mendengar soalan itu, Baginda menangis dan bersabda yang bermaksud: “Wahai Mu’adz, sesungguhn­ya engkau bertanyaka­n sesuatu perkara yang sangat besar. Ada dua belas macam umatku nanti yang akan ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah SWT tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia.”

Ada kumpulan diringi malaikat ke padang mahsyar, ada yang diberikan kenderaan berupa haiwan ternakan yang mereka laksanakan ibadat korban, ada yang dibangkitk­an daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melalui titian Mustaqim seperti kilat, ada yang merangkak, berjalan dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah serta kaki di atas dan pelbagai lagi.

Sampai di padang mahsyar, seluruh manusia dikumpulka­n dalam keadaan telanjang bulat. Tidak kira sesiapa sama ada ibu, bapa, isteri dan anak akan sibuk mencari syafaat termasuk mencari orang yang dia pernah zalimi, aniaya, tipu dan diumpat semasa di dunia.

Matahari pula hanya sejengkal berada di atas kepala menyebabka­n sebahagian manusia tidak tahan panas lalu ditenggela­mi peluh berbau busuk. Semua itu bergantung kepada tahap amalan masing-masing ketika di dunia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia