Harian Metro

Sinar harapan penemuan pesawat MH370

-

Interpreta­si data sonar ke dalam latar imej boleh percaya adalah cabaran utama bagi kapal Seabed Constructo­r dalam misi pencarian yang disambung semula untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut seorang pakar penerbanga­n.

Juruterban­g pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, proses itu membabitka­n mengubah data bunyi ke dalam data imej 3 dimensi dan proses transforma­si cenderung menyebabka­n kehilangan data pintar, lantas menyebabka­n transforma­si atau interpreta­si sebagai tidak tepat.

“Tetapi, saya percaya syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity Limited sudah membuat pengiraan algoritma secara terperinci bagi memastikan interpreta­si data secara optimum,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumka­n bahawa di bawah perjanjian dengan Ocean Infinity Limited, pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengaha­n Januari dengan kapal Seabed Constructo­r menjalanka­n pencarian di kawasan meliputi 25,000 kilometer persegi dalam masa 90 hari.

Misi utama kapal itu ialah mengenal pasti lokasi bangkai dan atau kedua-dua perakam penerbanga­n, perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbanga­n (FDR).

Pencarian itu berdasarka­n no

cure, no fee yang bermakna pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Mohd Harridon berkata, cuaca buruk ketika misi pencarian adalah satu lagi cabaran yang Seabed Constructo­r terpaksa berdepan di Selatan Lautan Hindi.

“Ia bergantung pada kekuatan kapal itu menangani cabaran ketika misi pencarian. Keadaan cuaca di bahagian lautan itu adalah amat buruk kadang-kadang dan ini boleh menghalang usaha pencarian.

“Tetapi, saya berharap kapal itu boleh mengharung­i keadaan yang sukar untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dalam tempoh masa terbaik yang memungkink­an,” katanya.

Menurut laporan, Seabed Construkto­r dijangka tiba dan memulakan pencarian di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi Rabu ini susulan pencarian yang meluas sebelum ini.

Sementara itu, seorang penyelidik di sebuah syarikat penerbanga­n tempatan, Ahmad Maulan Bardai berkata, selepas hampir empat tahun, sebarang bangkai pesawat mungkin tertanam lebih dalam daripada serpihan dan komponen di mana-mana dasar laut dan mungkin tidak ditemukan.

“Ini mungkin termasuk kotak hitam. Melalui pengalaman insiden QZ8501, kotak hitam pesawat itu ditemukan terpisah daripada bahagian ekor. Berdasarka­n keupayaan Ocean Infinity dengan lapan kenderaan bawah air, kawasan pencarian akan segera diliputi dalam pencarian. Analisis secara efektif dokumen yang diimbas dari kenderaan bawah air akan menjadi faktor kejayaan dalam misi ini,” katanya.

Penerbanga­n QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas di Laut Jawa dekat Pangkalan Bun di bahagian tengah Kalimantan ketika membawa 155 penumpang dan tujuh kru dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pada 28 Disember 2014.

Sementara itu, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berharap, kapal Seabed Constructo­r dapat mengesan dan mengenal pasti bangkai secepat mungkin berdasarka­n pola data dan serpihan.

“Pencarian harus dijalankan di sepanjang arus mengalir ke arah Afrika Timur,” katanya.

Penerbanga­n MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dan kehilangan MH370 disifatkan antara yang paling menimbulka­n misteri dalam sejarah penerbanga­n di dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantun­g pencarian selama dua tahun bagi pesawat itu pada Januari tahun lalu berikutan tiada tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 ditemukan, semuanya di pantai barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai flaperon. - BERNAMA

 ?? Prof Dr Mohd Harridon ?? Saya berharap kapal itu (Seabed Constructo­r) boleh mengharung­i keadaan yang sukar untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dalam tempoh masa terbaik yang memungkink­an”
Prof Dr Mohd Harridon Saya berharap kapal itu (Seabed Constructo­r) boleh mengharung­i keadaan yang sukar untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dalam tempoh masa terbaik yang memungkink­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia