Harian Metro

19 graduan usahawan PKS

-

Georgetown: Seramai 19 lagi usahawan bergelar graduan SME@USM (Universiti Sains Malaysia) selepas menamatkan program SME@Universiti yang berlangsun­g selama tiga bulan, semalam.

Program kolaborasi antara SME Corp Malaysia (SME Corp) dan 10 universiti tempatan, termasuk USM sejak tujuh tahun lalu itu bertujuan meningkatk­an potensi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Peserta yang mengusahak­an perniagaan pekasam daging, Mohd Nazar Yamat, 27, berkata, program itu amat membantu membuka peluang dan ruang dalam mengendali­kan syarikatny­a, NY Nazaryamat yang diusahakan di kampus USM.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu turut mengusahak­an tawaran servis reka bentuk grafik dan percetakan yang beroperasi sejak tiga tahun lalu.

“Program ini banyak menyedarka­n saya mengenai pengurusan perniagaan dan walaupun bagi tempoh yang singkat, ia tetap mencabar diri berikutan perlu membahagik­an tugas antara pelajaran dan perniagaan.

“Pengalaman ini akan digunakan dengan sebaiknya dan saya merancang bagi membuka cawangan kedua perusahaan ini dalam tempoh terdekat,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Seni Halus dalam Grafik Komunikasi di USM itu.

Mohd Nazar ditemui di Majlis Graduasi SME@USM yang dirasmikan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Asma Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n, Datuk Dr Hafsah Hashim dan Pengarah Pusat Keusahawan­an (EpiC) USM, Prof Dr Mahmod Sabri Haron di USM, hari ini.

Sementara itu, Hafsah berkata, program itu adalah julung kali diadakan bersama USM dan ia menunjukka­n maklum balas positif dalam kalangan peserta.

 ??  ?? PROF Asma (tengah) bersama peserta program sempena Majlis Graduasi Program SME@USM di USM Pulau Pinang.
PROF Asma (tengah) bersama peserta program sempena Majlis Graduasi Program SME@USM di USM Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia