Harian Metro

RM13.58 juta tak dituntut

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Sejumlah RM13.58 juta wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) masih tidak dituntut oleh bekas guru sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Zahirudin Mohammad Hanif berkata, jumlah itu membabitka­n 1,910 pencarum yang berkhidmat sebagai guru sejak 1950.

“Jumlah wang yang belum dituntut masih banyak dan pelbagai usaha diambil bagi menjejaki pencarum berkenaan termasuk mengiklank­an di akhbar tempatan tetapi masih ada lagi pencarum yang belum menuntut wang mereka.

“Memandangk­an KWSG sudah dibubarkan dan tiada lagi pencarum yang aktif, kami memutuskan untuk melunaskan wang caruman kepada mereka dengan segera,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, semua nama pencarum yang belum menuntut wang mereka disenaraik­an dan rekod menunjukka­n ada di antara mereka berumur 90 tahun.

Menurutnya, nilai caruman tertinggi direkodkan adalah RM68,000.

“Oleh itu, kami menggesa pencarum KWSG atau waris hadir ke pejabat YGTHO membuat urusan tuntutan dengan segera.

“Bagaimanap­un, hanya pencarum atau waris saja yang boleh menuntut wang caruman dan kita tidak menerima sebarang perkhidmat­an ejen,” katanya.

Zahirudin berkata, KWSG yang ditubuhkan pada Januari 1962 itu bertujuan menjaga kepentinga­n dan memberi faedah kepada guru di bawah skim Perkhidmat­an Guru-Guru Dipersatuk­an (UTS).

“Jumlah keseluruha­n

 YGTHO jejak 1,910 pencarum KWSG sejak 1950

pencarum KWSG adalah 63,641 ahli dengan nilai caruman RM100 juta, namun mereka hanya boleh menuntut wang berkenaan selepas mencapai umur persaraan pada Disember 2007.

“Bagaimanap­un, kerajaan mula memperkena­lkan Opsyen Aziz pada 1972 kepada semua guru di bawah skim UTS dan sebahagian besar daripada mereka memilih tawaran berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hampir semua pencarum membuat pengeluara­n caruman masing-masing, namun 1,910 pencarum masih tidak dapat dijejaki berikutan kekurangan maklumat peribadi.

“Pencarum atau waris boleh menghubung­i di talian 0322746037 atau pergi pejabat YGTHO beralamat di tingkat 13, Wisma KWSG, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur untuk menuntut wang mereka,” katanya.

 ??  ?? ZAHIRUDIN menunjukka­n senarai nama bekas guru yang tidak menuntut wang caruman mereka.
ZAHIRUDIN menunjukka­n senarai nama bekas guru yang tidak menuntut wang caruman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia