Harian Metro

Bertegas audit forensik

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Siasatan polis dijalankan walaupun tanah FELDA di Jalan Semarak dikembalik­an

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) di Jalan Semarak di sini, tetap diteruskan.

“Alhamdulil­lah, tanah Jalan Semarak FELDA dikembalik­an tanpa sebarang kos.

“Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” katanya menerusi catatan di Twitter beliau, semalam.

Kelmarin, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumka­n FELDA mendapat semula tanahnya bernilai lebih RM270 juta yang sebelum ini dipindah milik kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) tanpa kelulusan agensi terbabit sejak 2015.

Hak milik semua 16 lot tanah berkenaan dikembalik­an kepada FELDA bersama dokumen berkaitan termasuk geran menerusi perjanjian persefaham­an antara FELDA dan SPSB.

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA itu tercetus selepas Berita Harian dalam laporannya pada 21 Disember lalu mendedahka­n agensi berkenaan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak.

Pindah milik yang diragui itu dipercayai berlaku selepas FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd melantik SPSB sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia