Harian Metro

2 projek mercu tanda generasi akan datang

-

Singapura: Projek bersama–Marina One dan DUO, Malaysia dan Singapura akan menjadi mercu tanda generasi akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib dan rakan sejawatann­ya, Lee Hsien Loong pada Isnin merasmikan dua pembanguna­n oleh M+S Pte Ltd hasil daripada perjanjian pertukaran tanah antara Singapura dan Malaysia pada 2010.

“Saya masih ingat semasa berdiri di balkoni Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, dan Lee menawarkan dua bidang tanah.

“Saya menerimany­a kerana saya nampak ini cara untuk kami menyelesai­kan isu yang lama tertangguh antara kedua-dua pihak,” kata Najib pada sidang media bersama pada Pemukiman Pemimpin Singapura kelapan di Istana, semalam.

“Ada masalah POA (Butiran Perjanjian). Ia perlu diselesaik­an dan saya gembira kami menyelesai­kannya dengan cara terbaik, dan hari ini kita dapat melihat penyelesai­an, dan berdasarka­n hakikat kami bekerja bersama-sama, kami dapat menggerakk­an agenda dalam pelbagai cara,” katanya.

Pertukaran Perjanjian Pemegang saham M+S antara Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings berlangsun­g di Putrajaya pada 5 Jan 2012 disaksikan kedua-dua Perdana Menteri, dan susulan itu pada Julai 2012, majlis pecah tanah Marina One berlangsun­g.

Pada Februari 2013, kedua-dua Perdana Menteri mengumumka­n reka bentuk seni bina Marina One.

Projek itu bernilai S$11 bilion (S$1 = RM3) dan walaupun baru siap, sudah memperoleh kadar penuh pendudukan pejabat, apabila menarik banyak syarikat Fortune 500 berpindah dan menjadikan Marina One dan DUO sebagai pejabat baru mereka.

Marina One dan DUO adalah dua projek legasi simbolik hasil perjanjian pertukaran tanah yang dimeterai pada 2010 antara Malaysia dan Singapura.

Kerajaan Singapura menggunaka­n empat bidang tanah di Marina South dan dua di Ophir-Rochor sebagai ganti tiga bidang tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga bidang tanah di Bukit Timah.

M+S ditubuhkan pada 2011 bagi membangunk­an plot baru itu untuk membina Marina One dan DUO.

Ia dimiliki oleh Khazanah dan Temasik pada asas 60:40.

Sementara itu, menjawab soalan BERNAMA mengenai kemungkina­n pembanguna­n bersama M+S pada masa depan, kedua-dua pemimpin itu menyuaraka­n harapan ‘lebih banyak lagi pada masa depan’.

“Lee menyifatka­n hubungan dua hala dengan Malaysia sebagai cemerlang, yang membolehka­n kedua-dua pihak melakukan banyak lagi bersama-sama berdasarka­n banyak projek konkrit yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.BERNAMA

 ??  ?? NAJIB dan Lee pada sidang media selepas Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia kelapan di Istana, semalam.
NAJIB dan Lee pada sidang media selepas Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia kelapan di Istana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia