Harian Metro

Kejutan buat rakan, peminat

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pastinya ini berita paling menyedihka­n buat peminat band alternatif rock, The Cranberrie­s apabila penyanyiny­a, Dolores O’Riordan, 46, meninggal dunia di London, kelmarin.

Penyanyi bersuara unik itu dilaporkan berada di London bersama anggota The Cranberrie­s iaitu Noel Hogan (gitar), Mike Hogan (bass) dan Fergal Lawler (dram) untuk sesi rakaman lagu baru.

Publisis The Cranberrie­s, Lindsey Holmes mengesahka­n berita sedih itu, namun tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai kematian O’Riordan.

“Tiada maklumat lanjut boleh dikongsi buat masa ini,” katanya.

Menurut BBC, polis menerima panggilan pada jam 9.05 pagi (waktu tempatan) ke sebuah hotel di Park Lane.

Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia 40an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota lain The Cranberrie­s turut mengumumka­n pemergian Dolores di media sosial.

“Kami amat terkejut dengan pemergian rakan baik, Dolores. Dia mem punyai bakat luar biasa dan kami sangat bertuah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak menubuhkan The Cranberrie­s pada 1989.

“Dunia sudah kehilangan artis hebat hari ini (kelmarin),” tulis mereka di Twitter.

The Cranberrie­s yang popular menerusi lagu Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams mencapai populariti di seluruh dunia menerusi album sulung berjudul Everybody Else Is Doing It, So Why Can’t We? pada 1993 dan album kedua No Need To Argue pada 1994.

Tahun lalu, band dari Ireland ini mengumumka­n konsert jelajah mereka di United Kingdom, Eropah dan Amerika Syarikat.

Bagaimanap­un, pada Mei lalu mereka terpaksa membatalka­n baki konsert berkenaan berikutan masalah kesihatan Dolores.

Pada 2015, Dolores disahkan mengalami masalah bipolar.

Sebelum Krismas lalu, Dolores memuat naik status di Facebook memberitah­u dia seronok membuat beberapa persembaha­n.

Status itu membuatkan peminat mempercaya­i penyanyi berkenaan bakal kembali ke pentas konsert.

 ??  ?? DOLORES (dua dari kiri) bersama The Cranberrie­s yang dianggotai Mike Hogan (kiri), Fergal Lawler
(dua dari kanan) dan Noel Hogan.
DOLORES (dua dari kiri) bersama The Cranberrie­s yang dianggotai Mike Hogan (kiri), Fergal Lawler (dua dari kanan) dan Noel Hogan.
 ??  ?? DOLORES terkenal dengan keunikan vokalnya.
DOLORES terkenal dengan keunikan vokalnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia