Harian Metro

Barangan mainan terpakai hiburkan pesakit

-

kerajaan (NGO) Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memberikan kegembiraa­n kepada pesakit kecil menerusi Projek Ziarah Putra.

Program itu menjadi lebih menarik dengan kemunculan adiwira Ultraman dan ahli silap mata untuk bersama-sama membantu menghiburk­an pesakit di wad berkenaan.

Ketua Projek Ziarah

Putra Rafidah Sadarudin berkata, sebelum diserahkan kepada penerima pihaknya terlebih dahulu membuat pemilihan bagi memastikan barangan mainan diberikan itu tidak mendatangk­an bahaya kepada penerima.

“Semua barangan ini sumbangan orang ramai yang kami tidak sangka sambutan mereka (penyumbang) begitu menggalakk­an.

“Sementara barangan mainan bersaiz besar ditempatka­n di bilik mainan di wad berkenaan supaya pesakit lain boleh samasama menggunaka­nnya ,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berasa seronok apabila dapat melihat senyuman yang terukir pada wajah kanakkanak terbabit dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka melupakan seketika penyakit dihidap.

“Pada masa sama, kami turut memberi sumbangan lain berupa makanan kepada pesakit dan juga jururawat bertugas,” katanya.

Katanya, selain itu Sahabat Masjid kerap melaksanak­an aktiviti sosial lain yang memberi manfaat kepada masyarakat bertujuan meluaskan jaringan perhubunga­n dengan komuniti sekitar kampus UPM.

“Melalui aktiviti seperti ini dapat membentuk nilai sahsiah yang murni dalam diri sukarelawa­n selain mengeratka­n ukhuwah di antara mereka.

“Program ini berjaya diterjemah­kan sebagai satu platform bagi sukarelawa­n menimba pengalaman berharga dan membentuk perasaan mudah simpati terhadap golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Rafidah berkata, sekiranya sukarelawa­n mempunyai perasaan sedemikian sudah tentu menjadikan mereka seorang yang mudah membantu orang lain sekali gus dapat mewujudkan masyarakat prihatin.

Katanya lagi, pihaknya berhasrat meneruskan program itu pada masa akan datang supaya lebih ramai pesakit mendapat manfaat terbabit.

 ??  ?? SUKARELAWA­N yang terbabit dengan Projek Ziarah Putra Wad Pediatrik Hospital Serdang.
SUKARELAWA­N yang terbabit dengan Projek Ziarah Putra Wad Pediatrik Hospital Serdang.
 ??  ?? ‘ULTRAMAN’ bermesra dengan kanak-kanak.
‘ULTRAMAN’ bermesra dengan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia