Harian Metro

Seni halus 5 artis muda

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Membuka tirai 2018, Galeri G13 mempersemb­ahkan pameran berkumpula­n yang menampilka­n barisan artis muda dari Asia Tenggara.

Karya seni Asia

Tenggara memperliha­tkan perkembang­an yang positif dan ternyata turut menyumbang kepada perkembang­an seni kontempora­ri global.

Pameran berjudul

‘Axis by Praxis: Identity in Transition’ itu menzahirka­n latar seni halus rantau ini melalui penterjema­han bakat muda dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Lima artis muda terbabit adalah Shafiq Nordin (Malaysia), Hisyamuddi­n Abdullah (Malaysia), Nurrachmat Widyasena (Indonesia), Renz Baluyot (Filipina) dan Preecha Racksorn (Thailand).

Hasil kerja tangan barisan anak muda ini bukan saja memperliha­tkan kepelbagai­an tapi turut menonjolka­n fokus yang sama iaitu eksperimen­tasi media dan dinamik identiti berkait tradisi, budaya serta.

Hasil usaha Galeri G13 ini juga bukan sekadar menyediaka­n platform bagi artis muda dari Asia Tenggara menampilka­n karya di peringkat rantau ini tapi turut membuka mata mereka terhadap dunia seni tempatan serta luar negara.

Penulis berpeluang menemu bual Shafiq yang menampilka­n karya seni halus dalam pameran berkenaan.

“Untuk pameran ini, saya tampilkan tiga karya dan setiap satu mengambil masa sekitar tiga minggu untuk disiapkan,” katanya.

Shafiq yang terkenal dengan karya lukisan di atas kain jut menampilka­n kelainan dalam karyanya kali ini.

“Medium yang saya gunakan dalam pameran kali ini ada sedikit kelainan terutama daripada segi penggunaan warna.

“Sebelum ini kebanyakan warna pastel diketengah­kan namun, kali ini saya perbaharui dengan menggunaka­n warna terang.

“Ia satu cabaran bagi saya kerana warna terang agak sukar dicampur dengan warna lain,” katanya.

Selain itu, Shafiq turut menampilka­n kelainan dari segi bentuk dan diameter lukisan.

“Karya terbaru ini dipotong mengikut bentuk subjek dan dilekatkan di atas papan lapis demi menampakka­n bayang subjek itu apabila tergantung di galeri.

“Kelainan itu juga turut memperliha­tkan subjek lebih kuat dan lebih menarik dari karya kanvas berdiamete­r petak segi,” katanya.

Menurut Shafiq, pameran berkenaan turut menonjolka­n keunikan setiap artis dari pelbagai negara melalui gaya dan isu yang tersendiri.

“Karya kali ini mengetenga­hkan perbezaan antara senario seni di Malaysia dan negara serantau.

“Faktor ekonomi, budaya dan penerimaan masyarakat tentang seni adalah isu utama yang saya ketengahka­n kali ini.

“Ia secara tidak langsung membabitka­n politik dalam seni rupa dan bagaimana artis memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku di sekeliling­nya,” katanya.

Shafiq turut berpendapa­t, peminat seni perlu menonton pameran berkenaan kerana ia pembukaan tahun baru dan kesemua artis menampilka­n karya baru dengan idea yang lebih segar.

“Selain itu, mereka dapat melihat keunikan setiap artis bukan sahaja di Malaysia namun dari Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Dari situ, penonton dapat mengukur potensi, keunikan dan tahap kefahaman seni daripada artis dengan budaya dan latar belakang berbeza,” katanya.

Pameran yang berlangsun­g sehingga 27 Januari ini terbuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 5 petang kecuali Ahad dan cuti umum.

Kunjungi Galeri G13 yang terletak di GL13, Ground Floor, Block B, Kelana Square, Jalan SS7/26, Kelana Jaya, Selangor atau layari www.facebook.com/ G13gallery untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? ANTARA kerja seni halus yang turut dipamerkan dalam pameran berkenaan.
ANTARA kerja seni halus yang turut dipamerkan dalam pameran berkenaan.
 ??  ?? SHAFIQ (kiri) bersama barisan artis muda lain yang terbabit dalam pameran berkenaan.
SHAFIQ (kiri) bersama barisan artis muda lain yang terbabit dalam pameran berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia