Harian Metro

KEMBARA BELIA KE JEPUN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Bukan untuk mengembara tetapi kunjungan sekumpulan 31 mahasiswa Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaysia (UM) ke Tokyo baru-baru ini adalah bersempena program pertukaran budaya dan pendidikan (ICE) bagi mendapat pendedahan mengenai cara hidup masyarakat di negara matahari terbit itu.

Antaranya lokasi yang dilawati ialah Muzium Seni Itchiku, Kobata yang peserta berpeluang mengetahui sejarah dan maklumat berkaitan pakaian tradisiona­l Jepun, kimono.

Ketua delegasi rombongan Muhd Alif Azmi berkata, selain cara pemakaian, peserta turut didedahkan teknik penghasila­n kimono termasuk corak dan sulaman pada fabrik yang semuanya dihasilkan menggunaka­n tangan.

“Berbeza dengan corak pada kimono konvension­al yang selalunya dicetak menggunaka­n mesin, kimono Itchiku pula dihasilkan sepenuhnya secara manual.

“Difahamkan, setiap set kimono mengambil masa yang lama untuk dihasilkan iaitu antara satu setengah hingga dua tahun bagi memastikan ia diperbuat daripada kualiti fabrik bermutu tinggi.

“Bukan saja mengambil masa yang lama namun cara pemakaiann­ya juga memerlukan ketelitian tinggi dan 10 pembantu diperlukan untuk menyarungk­an kimono kepada pemakai dan itu antara pengetahua­n baru diperoleh peserta sepanjang menyertai program berkenaan,” katanya.

Katanya, jika peserta perempuan menggayaka­n kimono, lelaki pula berpeluang mengenakan persalinan ala samurai.

“Bukan selalu mereka berkesempa­tan mengenakan persalinan berkenaan dan lebih menarik apabila dapat bergambar kenangan berlatar belakang Gunung Fuji yang berhampira­n Muzium Seni Itchiku, Kobata,” katanya.

Penasihat program Prof Madya Dr Firdaus Hariri berkata, selain memberi pendedahan budaya, penganjura­n program itu secara tidak langsung mendidik peserta berfikir secara matang dan bertindak dengan cekap bagi menjayakan aktiviti yang dirancang.

“Kimono bukan hanya pakaian rakyat Jepun namun salah satu simbol budaya yang menjadi kebanggaan masyarakat di negara matahari terbit itu.

“Pakaian itu juga mencermink­an minda kelas pertama masyarakat Jepun dan akan dipelihara supaya terus dihargai generasi akan datang,” katanya.

Seorang peserta, Adibah Farliyana Aminordin berkata, dia amat teruja kerana dapat turut serta dalam program berkenaan yang memberinya peluang mempelajar­i budaya masyarakat Jepun.

Katanya, peluang menggayaka­n kimono di negara asalnya juga antara pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang menyertai program berkenaan.

“Saya kagum dengan masyarakat Jepun kerana mereka amat menghargai budaya dan kita perlu mencontohi nilai murni itu memandangk­an negara kita juga kaya dengan warisan tinggalan generasi terdahulu,” katanya.

 ??  ?? PESERTA lengkap berpakaian kimono dan ala samurai. AHLI TAG menjadi pengiring majlis
perkahwina­n.
PESERTA lengkap berpakaian kimono dan ala samurai. AHLI TAG menjadi pengiring majlis perkahwina­n.
 ??  ?? Muhd Alif
Muhd Alif
 ??  ?? ADIBAH Farliyana
ADIBAH Farliyana
 ??  ?? Dr Firdaus
Dr Firdaus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia