Harian Metro

Trend baru solekan ratu sehari

-

Indonesian Doll beri sentuhan eksklusif, tidak mudah merekah tapi kekalkan bentuk wajah

Menurut jurusolek, Sukmasary Suherman, sebelum ini gaya solekan tradisiona­l dari negara serumpun itu kurang mendapat perhatian kerana dianggap tebal, keterlalua­n dan sukar disesuaika­n dengan budaya masyarakat di sini.

“Namun, perkembang­an dunia Internet, media sosial dan aplikasi telefon bimbit membawa banyak perubahan besar dalam dunia solekan hari ini. Ramai yang mengambil inspirasi solekan daripada budaya dan negara luar seperti Indonesia.

“Saban hari, banyak tutorial solekan di

YouTube dan Facebook yang boleh dijadikan panduan untuk jurusolek melihat kelebihan, kekurangan dan kemahiran baru, seiring perkembang­an semasa.

“Malah, menerusi rakaman video sedemikian juga timbulnya pelbagai idea baru dan segar untuk dipraktikk­an, sekali gus mencipta satu lagi trend baru dalam solekan ratu sehari,” katanya.

Satu perkara yang cukup menggembir­akan jurusolek adalah teknologi penghasila­n alat solek dan kepelbagai­an fungsi mekap yang ditawar pengusaha kosmetik di pasaran kini.

Kata Sukmasary, semakin ramai wanita memilih gaya solekan Indonesia kerana tekstur alat solek, khususnya bedak asas kini yang tidak lagi ‘memalsukan’ wajah mereka.

“Jika diperhatik­an, solekan Indonesia memang menuntut banyak lapisan bedak asas sebelum jurusolek bermain dengan warna. Ini yang membuatkan orang takut untuk memilih solekan Indonesia kerana bimbang ia mengubah wajah atau nampak keterlalua­n.

“Bagaimanap­un, sekarang kita boleh lihat ada banyak pilihan bedak asas daripada jenis ringan, sederhana hingga tebal. Saya sendiri memilih bedak asas ringan dengan hasil terbaik untuk kesan solekan bersih, kemas dan sempurna,” katanya yang pernah mengikuti bengkel solekan mekap artis popular Indonesia, Anpa Suha.

Jelasnya gaya mekap Indonesian Doll wajar menjadi pilihan ratu sehari jika mahukan sentuhan eksklusif, tidak mudah merekah atau mencair dan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia