Harian Metro

Gabung ilmu enam guru

- DARI MUKA H53

“Sesiapa pun pasti mahu kelihatan cantik, kemas, bersih dan menawan. Ia adalah fitrah semula jadi bagi setiap wanita. Tetapi untuk memiliki kulit yang cantik tidak memerlukan belanja besar. Memadai jika kita sentiasa mengamalka­n disiplin penjagaan kulit yang baik.

“Antara pilihan penjagaan yang kerap saya amalkan adalah berendam dalam tab mandi bersama bom mandian. Ia bukan saja menghalusk­an kulit, malah menjadi terapi terbaik untuk menghilang­kan tekanan dan rasa penat,” katanya.

JATUH CINTA

Menurut Sharifah, julung kali bertemu dan mencuba keunikan bom mandian adalah ketika dia bekerja sebagai anak kapal dan menetap di Dubai pada 2012. Di sana, terdapat pelbagai warna dan bauan menarik yang boleh dicuba, tetapi harganya mahal.

Selepas lebih empat tahun di negara orang, Sharifah akhirnya membuat keputusan berkahwin dan pulang ke Malaysia pada 2017. Mungkin sudah tersurat rezeki buatnya, wanita ini kemudian disahkan hamil anak sulung.

“Jika orang lain mengidamka­n makanan, saya pula teringin berendam bersama bom mandian dalam tab mandi. Merata saya dan suami keluar mencari, tetapi tidak bertemu bom mandian yang memikat di Malaysia.

“Satu-satunya pilihan yang saya ada adalah menunggu rakan pramugari membelinya di luar negara. Itu pun harganya mahal. Sama seperti di Dubai dulu, saya pecahkan kepada dua atau tiga bahagian untuk berjimat,” katanya sambil ketawa.

Berikutan keinginann­ya yang tinggi, Sharifah mula mengambil keputusan nekad, mempelajar­i kaedah cara bom mandian terbaik boleh dihasilkan

 ?? FOTO ?? SHARIFAH Nur Hidayah
FOTO SHARIFAH Nur Hidayah
 ??  ?? MELARUTKAN bom mandian
sebelum berendam.
MELARUTKAN bom mandian sebelum berendam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia