Harian Metro

Wangian indah penuh makna

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kerap kali wanita menonjolka­n ekspresi diri menerusi gaya solekan dan pakaian. Malah, dua unsur ini juga kerap disuai padan dalam pelbagai acara, majlis mahupun keadaan untuk menyerlahk­an lagi penampilan.

Apa kata tampil lebih elegan dan berani dengan haruman? Avon barubaru ini memperkena­lkan haruman yang mampu menyerlahk­an personalit­i dan sisi anggun seorang wanita.

Meraikan pelbagai dimensi wanita kontempora­ri, jenama kecantikan itu melancarka­n wangian indah penuh makna, Eve Duet. Menggandin­gkan dua haruman berbeza dalam satu gaya ikonik, Eve Duet direka secara harmoni untuk dipakai secara berasingan atau dilapisi bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan.

Daripada wangian segar bunga dan buahbuahan hinggalah kepada haruman flora sensual memikat, Eve Duet membawa wanita merentasi pengembara­an dan eksperimen­tasi haruman indah, sekali gus menyelami keistimewa­an dan keunikan diri.

Dicipta bersama pakar wangian, Jean-Marc Chaillan, dua haruman kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai seiringan. Ia adalah bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama tiga hari dalam setahun.

Bunga teratai ini berubah warna dan aroma dari fajar ke senja. Ia menjadi simbolik kepada setiap watak dan sisi wanita yang berbeza serta menjadi asas terpenting dalam penciptaan Eve Duet.

Menurut Marc Chaillan, kolaborasi bersama Avon tercetus kerana penghormat­an jenama itu yang sentiasa teguh terhadap pengguna. Beliau kemudian berbesar hati untuk bergabung, mencipta haruman indah dan unik.

Bagi mencermin kepelbagai­an sisi wangian berkenaan, Avon turut memperkena­lkan pelakon, Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva adalah seorang selebriti antarabang­sa yang berbakat dan terkenal kerana kebolehann­ya memegang pelbagai watak.

Selain menjadi pelakon, Eva juga ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya. Semua peranan itu jelas menonjolka­n personalit­inya yang pintar, berani, riang dan menceriaka­n.

Menerusi video pendek yang ditayangka­n pada pelancaran Eve Duet,

Eva mengakui berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan syarikat yang memahami dan menghormat­i wanita buat sekian lama.

“Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya. Jadi, saya amat teruja untuk mengekspre­si dan meraikan identiti saya melalui haruman baru ini,” ujarnya.

Eve Duet Eau de Parfum dilancarka­n Pemangku Ketua Pemasaran Komersial Avon Malaysia May Chin bersama Pakar haruman dari Perancis, Florent di Marino; selebriti,

Datin Elaine Daly dan pereka fesyen Alia Bastamam. Wangian itu bakal dipasarkan bermula 1 Mac depan menerusi wakil Avon dan butik kecantikan­nya di seluruh negara.

 ??  ?? MAJLIS pelancaran Eve Duet.
MAJLIS pelancaran Eve Duet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia