Harian Metro

Serum emas atasi kulit kusam

-

Emas sinonim dengan aksesori dan wanita, namun emas juga antara bahan yang dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk kulit wajah.

Penggunaan­nya dalam produk kecantikan harian mampu menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan seolah-olah berkilau selain halus.

Yakin dengan manfaat yang terkandung dalam logam berharga itu, pengasas LS Beauty

Legacy tampil dengan serum terbarunya yang diformulas­ikan daripada bahan semula jadi dan emas.

Pengasasny­a Lynda

Saufi berkata, produk

Gold Magica Serum yang mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) diformulas­i daripada bahan semula jadi seperti estrak lemon, estrak bunga sakura dan tea tree selain dirumus khas dengan emas 24 karat.

“Serum ini tidak melekit dan tidak berminyak pada wajah apabila dipakai kerana ia berasaskan air.

“Dengan kandungan emas sebagai bahan utama, serum ini mampu membantu memperbaik­i kulit dan mengecutka­n jerawat jika digunakan secara teratur,” katanya.

Menurutnya, serum emas ini juga mampu mengatasi masalah kulit kusam, mengecilka­n liang pori, mengawal kulit wajah berminyak, mencerahka­n wajah dan sebagai antipenuaa­n.

“Kepingan emas 24 karat ini sangat baik untuk kulit wajah yang akan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan sihat.

“Serum ini bukan saja boleh digunakan wanita, malah ia juga sesuai untuk lelaki seawal usia 20 tahun hingga 60 tahun,” ujarnya.

Tambahnya, ia dijual pada harga RM55 dan penggunaan­nya amat mudah iaitu dengan hanya mencalitka­n serum dan ratakan pada seluruh wajah sebelum tidur atau sebelum menggunaka­n sebarang produk kecantikan atau solekan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia